Saturday, February 28, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
_____________________________________________________________________
Minta maaf dengan kejadian semalam. Aku hanya merancang untuk menceriakan dirimu, tetapi yang berlaku, disebaliknya.

Friday, February 27, 2009

Hari Ini Hari Khamis

Kredit kepada Encik Google

Hari ini merupakan kali pertama aku basah kuyup ketika balik dari kerja. Sejak aku berpraktikal di Penfabric Perai, tak pernah hujan aku tak pernah aku rasa sesejuk ini. Kenapa hari ni hujan terlalu lebat? Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat.

Mungkin hujan yang begitu lebat ini juga mengerti akan kesedihan yang bersarang dalam hati ini. Oleh itu, hujan turun dengan lebat. Mungkin itu merupakan satu rahmat dan petanda dari tuhan kepada aku. Aku saja tak mahu berhenti berteduh. Aku nak merasai kesejukkan hujan. Hujan yang lebat.

Semalam, merupakan malam yang aku sangat sangat terasa hati, ntah kenapa aku jadi macam tu pun tak tahu. Mungkin badan terlalu letih bekerja. Itu menyebabkan aku berasa 'agak berlainan' malam semalam. Panggilan tak dijawap. Kiriman tak berbalas. Aku diam. Aku pejam mata, dan aku hanyut..

Hari ini hari Khamis,
Hujan membasahi diriku..
Aku kaku,
Dek tiupan sang angin dan juga rahmatmu,
Aku terus gagahi jua,
Sabar menghadapi segala dugaan dan cabaran,
Aku yakin, Aku pasti,
Setiap kejadian ada hikmahnya.

Terima kasih kepada anda semua, Kak Tirana, Anis Mohd, Myfr3ak,Adi Putra, Mistaken Identity, Cahaya, Seri Subuh Agrofarm, Zara UTM, Khairil, Kak Luna, Kak MyzaPesona, Cikgu BH, Ijechan, Eira Epalgreen, Hidayah, Ihsan, Kak Juzaidah, Ahmad Sufi, Kapten Luffy, Penjenayah Merah Jambu, Kak CendawanIntim, AieBahari, Bapak, Ustaz Yeop, Ruffemo, Cik Liyana, Farhanalicious, Nashakeem, Aidil Tips goda, Cik Manis, Zamz, Kak Yanie Putrajaya, Kak CuteMiut78, Kak Ratu Salju, Kak Zai, Naniey, QueenMieza, Generasi Malaysia, dan Creasent

kerana sudi memberikan sikit komen dan pandangan kepada Luth. Terima Kasih semua rakan bloggers. Anda memang perihatin.

Wednesday, February 25, 2009

Tanpa


Setakat mana aku boleh sabar, aku sabar..
Setakat mana aku boleh tahan, aku tahan..

Tuesday, February 24, 2009

Gathering + Hadiah = Terima Kasih!

Sebenarnya, dah lama Luth nak posting pasal TERIMA KASIH neh..dok tangguh - tangguh je.. Bulan Febuari ni merupakan bulan yang agak sedih untuk Luth. Sapa yang turut bersedih, sila angkat tangan masing - masing k?

Bulan Febuari juga merupakan "bulan rahmat" kerana banyak hadiah Luth dapat pada bulan neh. Alhamdulillah, murah rezeki, orang kata kan? Hehe..

First sekali, terima kasih la banyak - banyak kepada "Bloggers Jelita 2008" , iaitu Miss Ixora kerana memberi hadiah kepada Luth. Ehem, hadiah tu bukannya hadiah sesaje tau.Luth dah berjaya menjadi pemenang dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh blog GREENPARK. Apa dia hadiahnya? Jom tengok dibawah!

Kak Ixora ada bagi  kad ucapan..Cantik tulisan akak eh.. Luth takmo share dengan hampa semua, sebab kad tu khas untuk Luth saje. Haha. Jangan jeles!

Selepas Luth dapat hadiah dari Kak Ixora, Luth dapat satu SMS daripada Bloggers Penang kita, iaitu Kak Intan USM yang baru saja balik dari Bandung. Wah wah, orang kaya tu. Syok la dapat pegi Bandung dengan free. Luth taktau la bila nak pegi sana. Naik kapalterbang pon tak pernah lagi.

Luth sebenarnya kirim orang gaji kat Kak Intan, tapi dia lupa nak bawak balik Malaysia. Sebabnya, banyak sangat barang yang dia shopping. Kami jumpa pada hari Sabtu lepas, bersama - sama dengan Khairil. Satu lagi, Kak Intan ada bawak kawan dia, iaitu Cik Elysa. Cun giler anak mami tu. Berkenan Luth, macam model, pelakon, pragawati, pramugari. dot dot dot.  Nasib baik Cik Elysa kita tu baru je bertunang. Kalau tak, Luth sambar dulu la.. (gatai)

Nak tengok hadiah dari Bandung? Ha.. Ada kat bawah neh..

Tudia, dapat T-shirt so, dan benda - benda kecik tu dua butir. Luth amek kaler Koko dan Khairil amek kaler Kelabu. Dua dua cun. Thankx ya kak, sebab sudi bagi buah hati tangan dari Bandung! Kalo hampa nak hadiah juga, boleh pegi blog Kak Intan kat sini.

Lepas je balik dari Penang, Esoknya (Ahad) ada seorang bloggers call Luth. Siap 3G lagi. Beliau adalah abang Zieman50 a.k.a Penggemar Sukan. Terkejut Luth Abang Zieman call Luth petang Ahad tu, dia ajak makan - makan. Haha, kebetulan pulak masa tu Luth memang tengah bosan, then kami keluar la!

Abang Zieman ajak pegi makan Char Kuey Teow di Sungai Dua. Femes woo Char Kuey Teow Sg. Dua (Seberang) ramai orang makan kat situ. Walaupun Luth duduk di Bukit Mertajam dah nak masuk tujuh tahun, ni merupakan kali pertama Luth makan kat situ :P


kami tak ambil gambar berdua, hehe
Abang Zieman datang ambil Luth dirumah, rumah kami dekat saja. Abang Zieman merupakan salah seorang daripada Bloggers Penang. Walaupun kami tak rapat, tapi Abang Zieman amat mesra dan senang masuk kepala. Tambah pulak Luth neh banyak mulut. Haha.

Abang Zieman juga merupakan salah seorang pendengar setia DesaFM dan selalu merequest lagu dan mengirimkan ucapan semasa Luth bertugas di DesaFM. Terima kasih eh kerana setia bersama DesaFM. Nanti abang, lain kali kita pegi makan dekat tempat lain pulak.

Thankx all, kerana sudi memberikan hadiah dan berjumpa dengan Luth. Luth amat menghargainya!

Sunday, February 22, 2009

Nak PENDAPAT dari Anda Semua

Assalamualaikum, dah lama Luth tak posting di blog ni. Sejak dua menjak ni, Luth jadi serabut dan jadi tension kerana seseorang.

Sapa dia "seseorang" tu? Ehem, dia tu ialah Cik Sephia Luth la. Anda dah tau kan, Bapa Cik Sephia baru saja meninggalkan dia dan keluarga buat selama-lamanya 25hb yang lepas. Baru lagi kan? Oleh sebab itu, Cik Sephia sedih dan tension.

Luth nak tulis kat sini bukanlah untuk memberitahu keaiban atau nak jadi "kepoh" share semua dengan anda, tapi niat Luth disini nak minta pendapat daripada anda semua akan situasi yang agak "tegang" sekarang ini. Apa -apa pun boleh jadi, dalam hubungan kami berdua.

Sejak bapa dia meninggal, Sephia dah banyak berubah. Sikapnya yang peramah dan periang dahulu semakin lama semakin pudar dan kini dah jadi pendiam dan slow. Itu Luth tahu, kalau seseorang kehilangan insan yang tersayang, mestila rasa sedih.

Tapi, itu bukanlah satu penyebab perubahan sikap Sephia, tapi ada lagi penyumbang perubahan sikap Sephia.

Faktor Pertama:
  • Tekanan Kuat daripada mak sendiri.
Mak Sephia kan baru lepas  kehilangan suaminya, so dia pun mengalami tekanan perasaan. Akibat tekanan perasaan, mak Sephia melepaskan tekanannya kepada dia dan juga abang/ kakak dia. Kemudian, kesannya hubungan Sephia - mak dia terjejas dan menjadi dingin.

Luth ada nasihatkan Sephia, walau apa sekalipun mak dia kata, dia tu mak dia dan dia kena tahan jugak dalam apa cara sekalipun. Tapi, dia kata, dah berpuluh - puluh kawan menasihati dia benda yang sama. Semua orang tak paham kondisi dia sekarang.

Akibat hubungan mak-sephia yang dingin, itu menyebabkan dia terasa seperti tersisih, dan sunyi. Sebelum neh, Sephia memang tak berapa rapat dengan mak dia, dia lebih rapat dengan ayah dia.

  • Kehilangan Ayah tersayang
Anak perempuan secara lumrahnya pasti akan manja dengan ayah. Anak lelaki pasti akan manja dengan emak. So, dalam hal ini, Sephia amat menyayangi dan manja dengan ayahnya. Boleh dikatakan ayahnya ialah Bank Negara ketika arwah masih ada.

Jika Sephia meminta duit daripada maknya (Bank Islam), mesti akan banyak soalan yang ditanya, dan jarang dapat dan jika dia meminta duit daripada arwah ayahnya a.k.a Bank Negara, pasti dia akan dapat.Minta Rm10 dapat Rm50. Lumrah alam kan, macam tu.

Sephia berada didalam golongan yang agak "senang" berbanding dengan Luth yang hanya orang yang biasa dan "sederhana" dalam hidup. Kehilangan ayahnya menyumbang faktor tekanan dalam hidupnya. Selalunya, duit tak lekang ditangan, tetapi sekarang tidak lagi.

Semasa arwah ayah Sephia berada di dalam wad Hospital Pulau Pinang, lebih kurang 1 1/2 bulan yang lepas, Sephialah yang menemani arwah ayahnya dan menguruskan ayahnya berbanding dengan mak dia. Walaupun mak dia tu isteri kepada arwah ayahnya, tetapi arwah ayahnya lebih menyukai anaknya yang bongsu itu menemaninya, setiap malam.

Teringat Luth pada satu hari, pertama kali Sephia mencuci anu ayahnya ketika ayah dia berada dalam wad. Mau tak mau, dia kena lakukan juga untuk ayah dia. Malu tetap malu, tapi disebabkan sayang anak kepada ayah, perasaan itu hilang begitu sahaja.

Faktor ketiga:
  • Tekanan di tempat praktikal
Sephia juga sekarang sedang praktikal di salah sebuah hotel di Pulau Pinang. Lebih kurang sebulan dia dah praktikal di hotel tersebut dan bertugas sebagai pelajar praktikal disana. Luth sebenarnya kesian kat Sephia kerana dia bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. Alasannya, company nak pakai orang sebab guest terlalu ramai.

Adui, kesianla. Keja sampai 7 hari seminggu. Elaun yang diberikan hanya Rm5/hari ataupun rm150 sebulan. Berbaloi kah? Kalah company bagi sampai rm500, kerja teruk macam tu kira ok la juga. Tapi, rm150 sebulan, berapa sangat nilai tu. Bayangkan, punyalah berkira company hotel tu, masa ayah Sephia meninggal, dia bercuti selama seminggu. Bukannya orang jauh yang mati, ni ayah sendiri. Mestila kena cuti lama sikit.

Lepas tu, bila tengok pay silp allowance, Sephia hanya dapat beberapa puluh saja, tak silap Rm20/rm30 kerana elaun dipotong sebab cuti panjang selama seminggu. Kenapa cuti macamtu pon dia potong gaji? Bukannya saja- saja amek mc/cuti?

Jawapan yang diberikan, senang je. Kamu semua praktikal/training saja. Kalau staff, kamu boleh potong annual leave. Luth bengang dengar cerita ni masa Sephia beritahu pada Luth. Rasa macam nak pegi hentam je HR dia tu. Cilaka sangat. Dia ingat trainee ni kuli ke hapa??

Luth dah pesan kat Sephia, repot dekat lecturer, tapi dia diam. Dia senyap dan sabar saja. Dia kata itu perkara normal kalau dia nak bekerja disektor perhotelan, kelak. Luth pon takmau kata apa. Luth harapkan dia dapat bercuti dan menenangkan fikiran. Luth sedia bawak dia kemana - mana sahaja, untuk dia tenangkan fikiran dia yang kusut tu.

Faktor ke empat:
  • Luth kurang memberikan masa kepada dia
Faktor ni tak la mempengaruhi tekanan perasaan yang dialami oleh Sephia, kerana dia faham masing - masing sibuk. Tapi semalam, dia dah cerita semua pasal Luth. Dia dah lama makan hati dengan Luth. 1st skali, ada satu hari, dia tunggu Luth nak lawat dia dan ayah di dihospital. Tapi Luth tak pegi sebab hujan dan masa tu Luth ada di rumah Khairil. Dia betul - betul tunggu Luth. Bila dia ceritkan balik, Luth rasa sedih sgt dan rasa bersalah. Luth tak sempat nak melawat arwah ayah Sephia.

Kemudian, Luth tak dapat nak melawat arwah ayah Sepghia masa nak kebumi. Masa tu Luth berada di Kelantan, teman kawan. Luth share cerita ni dengan mak Luth, mak kata, nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Kita bukanlah tahu orang nak mati bila. Semua tu dah jadi.

Memangla, tapi Luth berasa salah sangat - sangat. Sephia ada cerita, kawan - kawan dia dari KL sanggup turun Penang semata - mata nak melawat arwah ayah dia. Luth diam je. Dia macam point salah Luth pada hari tu. Luth benar - benar rasa bersalah.

Sekarang, hubungan kami dah tak macam dulu. Luth tau, dia masih bersedih lagi dan masih baru lagi ayah dia tinggalkan dia. Tapi, Luth takut dia akan buat perkara - perkara yang bukan bukan. Biasala, orang tekanan ni kepala otak buntu dan serabut. Dalam otak, kira nak buat perkara yang dapat menghilangkan tekanan/.tension saja.

Kawan - kawan yang berada disampingnya Luth tak percaya sedikit pon, sebab depa ada yang teruk dari dia. Luth takut, nanti dia akan buat perkara macam tu. Tapi tadi, Luth dah pesan kat dia. Jangan buat benda bukan - bukan. Sayangla diri sendiri.

Tak sayangkan Luth takpa, tapi sayangla diri tu. Apa apa boleh jadi. Tambah tambah, dia berada di Penang. Macam macam ada disana.

For all, pls give ur advice. I only have u all guys :'(

Friday, February 20, 2009

Pertama kali aku menjumpai cinta yang setia..
Pertama kali aku menjumpai cinta yang indah,
Pertama kali aku menjumpai cinta yang agung..

Bak kata orang, langit tak selalunya cerah,
orang tua tua kata, mimpi tak semestinya indah,
Bila kala kita diatas, nanti pasti kita akan kembali ke bawah..

Minta maaf kerana membuatkan kau terasa akan perbuatanku,
Perasaan yang terpendam, pasti akan membuahkan buah pahit,
aku tahu, aku amat bersalah padamu..

Aku tak pernah melupakan dirimu,
walaupun seminit masa berlalu, aku tak pernah nak memperduakan diri,
walaupun aku berdua dengan teman lain,

Aku tak ada niat langsung nak lupakan dirimu, walaupun aku bersama dengan teman lelaki yang lain. Minta maaf kerana aku membuatkan kau tertunggu - tunggu pada masa lalu dan minta maaf sekali lagi kerana aku tak dapat menghadirkan diri bersama denganmu tika kau amat memerlukan diriku. Aku tak mahu perkara "itu" berlaku dan memisahkan kita berdua.

Aku tahu kau mengalami tekanan yang maha hebat. Aku tahu hatimu sudah lulu berkecai kerana sudah tiada tulang belakang yang menyokong dirimu. Aku tahu kau amat sedih akan kehilangannya. Perasaan kau sedih bercampur baur, aku faham, aku mengerti.

Disaat kau kehilangannya, aku tak dapat menemanimu, tak bermakna aku melupakan dirimu dan membiarkan kau keseorangan. Aku tak buat begitu.Dalam hati aku, aku amat - amat mahu menemanimu, tetapi aku tak dapat bersama denganmu.

Aku tak dapat melafazkan perkataan itu untuk memisahkan kita berdua, aku mahu menemani kau ketika kau sedang mengalami cubaan yang maha hebat. Tapi, segalanya sudah terlambat, perasaan sayang dan kasih sudah hilang dek memendam rasa.Aku tahu..

Aku berpesan kepadamu, walau bagaimanapun hubungan ibu - anak dan adik - abang yang sedang retak melanda sekarang, mereka tetap ibu dan abang kau sendiri, Jangan kau lupa. Ingat, walaupun dia dah tak ada menemani dirimu sekarang, kehidupanmu harus diteruskan jua. Jika dia mengetahui kau menjadi sedemikian rupa, pasti dia tak tenang meninggalkan kau dan keluarga.

Disaat ini, perasaan ego harus dibuang dan perlu bersatu padu, bukanlah lagi berpecah belah.

Walau apa sekalipun, aku tetap berpegang pada Qada dan QadaNYA, jika ada nama kita berdua tertulis DISANA, pasti kita akan dapat bersama hingga keakhir hayat, dan jika nama kita berdua tidak ada DISANA, walaubagaimanapun kita berusha, pasti kita tak akan dapat bersama.

Aku bagi masa kepada kau untuk berfikir semasak- masaknya dan ingat, walauapa sekalipun, aku tetap sayang dan cinta padamu.

Masa yang lalu, tak akan dapat berputar kembali.
Aku tak dapat mengubah diri kau, hanya kau saja yang dapat mengubah diri sendiri, 
Yang pergi tetap pergi, kita sebagai orang yang masih hidup, perlu teruskan diri.
Tabah menghadapi dugaannya, sesungguhnya tuhan bersama orang yang sabar,
Jangan sesekali melalukan perkara yang ditegah olehNYA, semua itu tak perlu. 
 

Thursday, February 19, 2009

Gawat Oh Gawat! (3)


Situasi sekarang makin lama makin kronik. Luth ingat, industri Textile akan gah dan stabil walaupun ekonomi sekarang sedang meleset, tapi sangkaan tu tak tepat.

Syarikat dah keluarkan satu memo, semua staff, maintanance dan operator WAJIB bercuti. Kalau cuti dah tak ada, depa kena potong gaji la jawapnya.

Adui, apa yang Luth tengah tunggu sekarang, status kami sebagai trainee di kilang tu. Adakah kami akan kerja 5 hari ataupun akan cuti sama macam staff yang lain.

Yeahha.. Kalau dapat cuti, untungla. Tak payah nak tulis report teruk - teruk Kesian pula Luth pada pekerja kontrak yang akan diberhentikan bulan ni. Yang mana ada anak bini tu, terukla. Macam mana nak cari kerja lain dengan keadaan sekarang ni, nak cari kerja susah. Nak kena buang kerja senang!

** Member Luth yang gambaq kat atas tu tensen. Dia baru je amek kereta Proton Saga BLM baru, 2 minggu lepas. Sekarang ni tengah pening nak bayar macam mana.
.

Tuesday, February 17, 2009

Tutorial PS : Jom tambah Custom Shape!

 

Ok, pada tutorial yang lepas, Luth ajar anda semua akan cara nak buat Imej Ber-boder Bulat kan? Ok, pada tutorial kali ini, Luth nak share sedikit ilmu, bagaimana nak menambah Custom Shape Tool pada Adobe Photoshop milik anda. Pada posting kali ini juga, Luth juga ada menyediakan Custom Shape untuk dikongsi bersama anda!

Custom Shape Tool merupakan salah satu cara untuk kita mencantikkan imej kita apabila menggunakan Photoshop. Pelbagai bentuk dapat dipilih pada default Custom Shape Tool.

Ok, anda boleh menambah Custom Shape Tool anda. Caranya ialah :


LANGKAH PERTAMA
LANGKAH KEDUA
LANGKAH KETIGA
Pastikan, format cutom shape anda ialah CSH! 
 Mirror 1 | Mirror 2

Monday, February 16, 2009

Ushar Wayang : Geng The Movie + Ong Bak 2

Luth nak review sikit movie yang tengah hangat ditonton di panggung wayang sekarang! Last week, Luth keluar dengan Khairil, tengok wayang di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Then, kami tengok cerita Ong Bak 2  

Semalam, Luth keluar dengan mak, adik dan kakak pegi tengok wayang di Seberang Perai City, Bandar Perda. Kami pegi tengok movie animasi Malaysia yang paling best, Geng.  Adik la yang merengek-rengek nak tengok sangat cerita tuh. Sebenarnya kami pegi sana just nak beli buku. Padahal, Luth dah janji dengan Khairil nak pegi tengok wayang cerita neh.

Kepada Khairil, sori la aku dah tengok cerita neh, nanti kita pegi tengok lagi k. Kesian kat hang. Nanti aku teman hang.. Huhu..



Saturday, February 14, 2009

Tutorial Photoshop : Gambar Frame Bulat!!

SALAM semua! Dah lama ye tak buat tutorial gempak macam ni. OK, ni merupakan salah satu tutorial yang direquest daripada Encik Ustaz Yeop. Beliau ingin mempelajari cara - cara membuat gambar berbucu bulat


LANGKAH PERTAMA
 
LANGKAH 2
Pergi ke Shape and Tool di sidebar Photoshop disebelah kiri 
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Size rounded shape tu mestilah diletakkan penuh diatas gambar pilihan anda. Warna shape tersebut tidak mempengaruhi proses penghasilan boder bulat.
LANGKAH 5

LANGKAH 6

LANGKAH 7

Pada ketika ini, anda boleh ke Select > Inverse

Kemudian, masuk semula ke LAYER dan pilih layer gambar yang anda nak edit. (pastikan garisan putus-putus dan kelip - kelip masih lagi ada)

Kemudian, tekan butang DELETE
GAMBAR BUCU BULAT ANDA SUDAH SIAP! HIASILAH DENGAN MENGGUNAKAN KREATIVITI ANDA. 

Friday, February 13, 2009

Aiseh, cepatnya masa berlalu!

Hari ni genap sebulan Luth berpraktikal di kilang kain cap apek nih. Cepat je kan masa berlalu? Tempoh sebulan rasa macam dua minggu je. Padahal dah banyak perkara berlalu.

Dalam tempoh sebulan neh, Luth dah belajar banyak benda. Dalam diam, hampir keseluruhan staff kilang neh kenal Luth, tak kira la syif pagi atau petang, sebut je budak praktikal panjang - panjang tu, Luth la. Hihi.

Luth dapat kenalan baru di departmen Engineering. Kawan - kawan Luth tersebut ada dibawah tu:

Ramai lagi sebenarnya, tapi gambar depa je yang Luth ada. Thankx kerana menganggap Luth sebagai salah satu ahli keluarga "tumpangan" di Penfabric.

BTW, Luth baru je kena saman dek MPSP yang durjana!! Adoi.. Ni kali kedua disaman. Adeh..  Hutang dulu pon tak bayar lagik!

Thursday, February 12, 2009

Sehari di Alor Star .:. Dari Friendster ke Meja Makan

Sebenarnya, tadi Luth baru je balik dari Alor Star. Luth terpaksa amek cuti hari ni sebab nak bawa kakak Luth yang sorang neh pegi temuduga jawatan kerajaan di Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS)

So, kami dah bertolak dari rumah, Bukit Mertajam malam semalam dan bermalam di rumah kakak Luth di Sungai Petani. Dalam pukul 630 pagi tadi, kami dah cabut merempit dari Sg Petani ke Alor Star.

Ni merupakan pengalaman pertama Luth driving pagi - pagi buta ke Alor Star.Sebelum neh pegi siang je. Hahaha. Ok, kami sampai ke bandar Alor Star dalam pukul 715pagi, tak sampai sejam pun drive. Hiway pon lengang, rembas terusss!

Then, kami makan-makan di Pekan Rabu dan menuju ke City Point, dan menaiki lif ke tingkat 10.
itu ayah saya, namanya Encik Suib
Then, kami tunggu kak daripada pukul 9 sampai la pukul 1130. Lepastu, kami pegi minom di Star Walk. Sebenarnya, Luth dah merancang nak berjumpa dengan seorang Friendsterian, Papalicious. Dia dah banyak kali bagitau kat Luth, kalau mai Loq Staq, boleh jumpa. Haha.. Akhirnya jumpa dia jugak. Hensem weii..
Hensem tak dia. Haha.. Memang hensem macam dalam gambar. Serius. Kami bertiga (Luth, Ayah dan Kak) terkejut si Papa ni muncul depan kami. Igatke orang putih, tinggi. Putih.. Wakaka.. Rasa macam artis dok kt sebelah jer.. FYI, Papa ni orang Penang. Dats why dia punya hidung nala macam Komtar!
Ayah pun bergambar dengan dia, maklumla jumpa artis
Ada satu pepatah daripada Hikmat Papalicious,
Hmm, kami berjumpa sekejap je sebab lepas ni kami nak pegi tempat lain pulak. Huhu.. Lepas je kami jumpa dengan Papa, kami terus ke Muzium Negeri Kedah dan juga makan serta solat di Pekan Rabu.
Sekian Saja, Luth dah letih, Nak tido dulu!

P/s: sape - sape yang janda disini, lehla berkenalan dengan Papa yer..
P/ss: Kalau anak dara nak berkenalan dengan Papa, kena berkenalan dengan Luth dulu. Hihi..

PS Tips : Jom Edit TEXT dengan Cepatt!!


Salam semua. Dah lama Luth simpan posting neh.. Ok, saja je nak share ilmu dengan korang. Anda penah tak mengalami masalah nak edit text di Adobe Photoshop? Pernah kan? Kadang kala, masa yang diambil untuk mengedit text di PS memang lama. Nak tunggu dia proses tu lambat.

Tapi, kini ada cara yang betul untuk mencepatkan proses mengedit text. Semudah ABC. 



Kita sering kali menekan pada tajuk untuk menukar Layer ke Layer kan? Itu merupakan salah satu teknik untuk mengubah layer, tetapi, bagi Text, anda tidak boleh berbuat sedemikian.

Dengan meng-klik pada tajuk text, ia akan menyebabkan operasi program Adobe PS akan menjadi lambat. Itu merupakan salah satu sebab berlakunya error di PS. Kadang kala, masalah ini menyebabkan kita terpaksa tutup aplikasi PS.
Untuk mengedit text dengan cepat, anda hanya perlu meng-klik pada lambang "T". Sungguh mudah. Jika anda tekan double klik pada lambang T, anda akan peroleh seperti berikut.
Keseluruhan Text anda akan di-highligt dengan cepat. Ada juga tips kepada anda yang mahu mempercepatkan operasi meng-edit text.

Mudah kan? Betul tak Luth cakap? Semudah ABC!

P/s: Tutorial Ini berguna kepada Newbie yang masih belum cekap menggunakan Adobe PS
P/ss: Kepada anda yang ingin mengikuti tutorial diatas, baik anda buka dokumen berfomat PSD yang mempunyai text. Lagi senang.

Wednesday, February 11, 2009

Mata Bertemu Mata : Super Mini Gathering Bawal Goreng!

Wah wah wah.. Tajuk macam tah tepe hape.. Ehem.. Straight to the point la.. Semalam ada seorang bloggers dari Penang neh, nak jumpa Luth.

Ekceli, dia dah lama teringin nak makan Bawal Goreng kat Bandar Perda.Luth ada komen dalam satu entry dia di blog dia la.

Dia ada Sms Luth, ajak Luth pegi makan kat sana. Dia kata dia nak belanja! wah wah wah, kalau bab belanja neh, Luth memang laju. Pantang diajak! So, pertemuan kami nih tak terancang. Sape dia 'dia' tu? ehem, memperkenalkan Kak Zai ~ (*tepuk - tepuk - tepuk)
 Baiknya Kak kita neh, dia nak belanja makan. Ehem, jangan buat gosip k.. Luth bukannya pegi makan berdua dengan Kak kita neh, Luth berdua dengan kawan. Sape dia? Luth pegi dengan Ikhwan, classmate Luth dan merangkap ahli Bloggers Penang

Kami sampai pada masa yang sama, tak sangka. Hihi.. Tak tau pulak. Tapi, ngauman keta Kancil Kak Zai meremangkan bulu roma kami. Hebat woo.. Masa kami makan kat situ, banyak menu dia. Bukanlah bawal goreng semata - mata. Ada ayam, ikan bawal, ikan keli, puyuh goreng dan lain - lain lagi.

Kak Zai dengan Ikhwan amek set Ikan Keli dan Luth cuba makan set Ikan Bawal .Sedap ke tak? tatau la.. Tengok la gambaq dibawah.

Sedap ke? Sedapla gak. Luth neh sepisis kurang makan ikan. So, tak dapat nak bagitau rasa macam mana, biasa je kot. Tapi kedai neh, merupakan kedai makan yang terpopular di Bandar Perda. Tak caya pegi la try. Taubat tak menyesal k!

Akhirnya, sejam lepas tu dalam pukul 945malam kami pon nak berangkat pulang. Luth dan Ikhwan letih keja  - praktikal di kilang. Kak Zai pulak ada meeting dekat Seberang Jaya! Ok Kak, thankx a lot sebab belanja kami makan!
sebagai seorang bloggers, sesi menangkap gambaq WAJIB!!
P/s: Sebenarnya, ada banyak lagi posting yang ter-save dalam draft neh, tunggu masa dan ketikanya akan dipost. Tunggu!!
P/ss: Jom jalan - jalan Aloq Staq esok!

Monday, February 09, 2009

Takziah Kepada Dia

Saja Luth nak buat satu entry khas untuk dia, takziah diucapkan kepada keluarga arwah Amir Hamzah Suaid, 21 yang kehilangan anak mereka pada 5 hb yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan di Kulim Kedah.

Amir Hamzah, atau dikenali sebagai Pak Tam merupakan senior Luth di sekolah teknik dahulu. Walaupun kami dua tak rapat, tapi beliau baik juga dengan Luth. Berikut merupakan berita tentang kematian beliau di Harian Metro 5hb Febuari 2009

2 rakan maut dalam van


HANCUR...van dipandu mangsa remuk selepas bertembung <br>lori simen.
HANCUR...van dipandu mangsa remuk selepas bertembung
lori simen.

KULIM: “Saya hairan kerana kebiasaannya apabila bertembung kami akan bertegur sapa tetapi petang semalam (kelmarin) arwah tidak membalas sapaan saya sebaliknya terus berlalu dengan menunggang motosikal,” kata jiran kepada Amir Hamzah Suaid, 21, yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Jalan Kulim, Mahang berhampiran Taman Sepillai di sini, awal pagi semalam.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, mangsa yang juga bekas pelajar Politeknik Sultanah Bahyiah adalah seorang yang peramah dan tidak pernah berdiam diri ketika disapa sebelum ini.

“Ini mungkin petanda arwah akan pergi meninggalkan kita. Cuma doa kami, dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” katanya ketika ditemui di Hospital Kulim (HK), pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, dua rakan sekerja maut apabila van dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan simen.

Selain Amir Hamzah dari Taman Makmur, Lunas, dekat sini, pemandu van berkenaan, Mohd Saiful Rizal Saidin, 29, dari Taman Putra Damai, Petaling Jaya, Selangor terbunuh serta-merta di dalam kenderaan dinaiki mereka yang remuk sama sekali.

Sementara itu, dua lagi rakan sekerja mereka yang turut menaiki van sama pula cedera parah, iaitu Mohd Idris Mohd Yusof, 23, dan Zulkifli Ahmad, 37, dan keadaan mereka dilaporkan kritikal di HK.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata kejadian berlaku jam 6.30 pagi semalam ketika empat pekerja sebuah syarikat yang menjalankan kerja membaiki kerosakan kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perjalanan pulang ke bandar ini.

Katanya, ketika kejadian van dinaiki mangsa baru selepas selesai menjalankan kerja di Kampung Lindungan Raja, Sedim, sejak malam kelmarin.

“Ketika tiba di tempat kejadian berhampiran selekoh di Taman Sepillai, van yang dinaiki keempat-empat pekerja itu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan simen.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan penumpang belakang sebelah kiri tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan badan manakala dua lagi rakan mereka parah.

“Sementara itu, lori berkenaan pula terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit dan pemandunya, Norizan Miswan, 28, hanya cedera ringan,” katanya.
Pak Tam merupakan senior yang baik. Semasa perjalanan balik dari rumah kakak Luth tadi, di Sungai Petani, ayah Luth ada telefon memberitahu kepada Luth dan mak akan satu kematian yang berlau di taman Luth nih.

Kali ni, budak perempuan berumur 18tahun, sedang menunggu keputusan meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semalam.

Beliau menunggang motosikal dan motosikal yang ditungganginya tu dirempuh oleh sebuah kereta daripada belakang dan mengakibatkan pendarahan didalam otak. Beliau meninggal petang tadi.

Seorang jiran Luth yang melihat kejadian tersebut kata, moto budak tu hempap dada budak perempuan tersebut dan budak tu terbaring atas jalan. Aduhai, sedih dan takutnya!

Diharap semua rakan -rakan bloggers berhati - hati ketika menunggang motosikal dan juga memandu. Jangan potong - potong kalau tak lepas. Takutla. Kesian la mak pak. Adui..

Sunday, February 08, 2009

Jalan Jalan : Petang Yang Bosan

Giler baben bosan tadi petang! Luth sebenarnya tak berapa sihat, sakit kerongkong. So dah takdak mood nak pegi kemana mana, Luth stay je la dekat rumah. Berbekalkan bantal dan selimut serta sebuah Lappy, ia dapat menghilangkan kebosanan untuk beberapa jam.

Harini kak tak balik awal macam hari Sabtu minggu lepas. So, pukul 530 petang kak Luth tepon untuk ambil dia balik. Ehem, kebetulan pulak hari ni mak dan ayah Luth tak ada di rumah kerana menghadiri satu majlis pertunangan anak saudara sepupu Luth. So, makanan tak ada la.

20minit kemudian Luth sampai ke tempat kerja kakak yang berdekatan dengan Bandar Perda dan juga dekat dengan tempat Luth mengaji, Politeknik Seberang Perai. Rasa macam nak pegi cucuk duit, duit dah nak kering dalam dompet ni.

Dalam perjalanan nak balik kerumah, Luth balik menuju ke Bukit Mertajam. Elok sampai je di Roundabout Bandar Perda, hati ni terdetik nak makan donat.

"Kak Pah, jom pegi Jusco. Makan donat. Lapaq la" kata Luth dekat kak.
Sebenarnya, Luth teringin donat sebab tengok dalam blog Khairil, yang dia baru lepas makan Big Apple di Gurney. Big Apple Dounts pun ada di Jusco Perda.

Sampai je dalam Jusco dan lepas cucuk duit, kami menuju ke Big Apple. Then, sebelum sampai Big Apple, terlihat pula iklan Pizza Hut. Rasa macam nak makan Pizza pulak, jom la.

Luth sebenarnya tak bape reti nak oder piza neh. Memang tak selalu sangat ke Pizza. Kalau tak silap, baru makan 7 kali. Hahaha..

Luth amek set yang untuk dua orang. Amek pon pizza kecik, takut nanti kalau amek pizza gedabak, tak abes pulak. Kalau makan dengan member - member, kompom abes, kalau makan dengan Sephia, takut gak tak habis. Kalau dengan kak, tobat tak abes. Luth je kena perabih.

Tengah tengah dok makan leklok, ada pulak sorang mamat/staff pizza kat situ mengamuk. Bebai bebai dekat member dia. Kacau betul la kami nak menikmati pizza nih.

So, last skali abes gak pizza yang comey tu. Perut Luth je yang penuh. Kak dia perut kecik, tank halus. So, dia makan ciput. Mau tak mau Luth kena abeskan gak la, tak baik makanan dibazirkan!

So, lepas makan, kami chow terus balik. Teringat kat Cik Sephia. I'll give time to her..

Thursday, February 05, 2009

Jom Photoshop akan ditutup?

Letihnya! Tak larat Luth nak mengupdate blog tu. Oleh kerana Luth terasa kemalasan ya amat , Luth bercadang nak memasukkan kembali segmen Tutorial Photoshop ke dalam blog ini kembali. So, Luth nak mintak pandangan daripada sama ada nak ke tak segmen tu kembali dan anda boleh menyuarakan pendapat anda dengan mengundi POLL diatas.Poyo

Mungkin tak semua orang tahu, bahawa Luth lah yang mengendalikan blog tersebut. Seriusli, Luth dah tak larat nak update banyak - banyak blog.

Satu lagi, sekarang laptop Luth yang season ini sudah diupgrade. Haha.. Sebelum ni, memory laptop cabuk neh hanyalah 256MB sahaja, dan minggu lepas Luth baru saja tambah memori DDR. Kelajuan laptop ni dah bertambah dan boleh la Luth berphotoshop dengan anda.

Luth rasa, Luth akan tutup laman blog Jom Photoshop! lagi 5 hari dan akan memindahkan semua koleksi postingnya didalam blog ini. Baru Luth rasa akan kehangatan blog ini akan kembali. Luth tak harap dan tak ingin apa - apa, tapi apa yang Luth inginkan, Luth nak berkongsi ilmu dengan anda semua.


Harap Maklum. 

P/s:Sorila, tengah sibuk dengan praktikal dan badan ini amat letih, tak dapat nak blogwalking
Pss: Kepada semua pemenang kontes Luth, nantikan hadiah anda! Maaf, sebab lambat kirim hadiah!

Tuesday, February 03, 2009

Gawat Oh Gawat! (2)

Dah dua hari beturut - turut pihak syarikat mengumumkan prestasi syarikat Luth, iaitu semalam dan tadi pagi. Aduhai, ingatkan kilang yang Luth praktikal ni tak ada sangkut paut dan juga tak ada kesan dengan kegawatan ekonomi yang melanda pada awal tahun ini. Tapi sangkaan Luth meleset, ada juga kesannya secara langsung.

Kilang ni bukannya kilang elektronik, tapi diorang dah declare production yang menurun pada bulan Januari lepas berbanding dengan Januari 2008. Walaubagaimanapun, ia masih maintain berbanding dengan kilang - kilang yang berada dirantau Perai ini.

Itu tak menjadi masalah kepada Luth? Ah, yelatu.. Luth nak berpraktikal selama enam bulan disyarikat neh dan Luth harap syarikat ni tak akan jadi macam syarikat yang lain - lain, diorang banyak membuang pekerja dan juga memindah pusat pengeluaran mereka ke tempat lain. Ehem, tempat Luth praktikal neh memang gah, dah beroperasi selama 30 tahun. Memang Hebat! tabik spring

Doakan Luth berjaya menjalani latihan industri dengan jayanya. Amin


Wa tamau cerita banyak- banyak, nanti lu orang tuduh wa pecahkan rahsia peribadi syarikat.Nanti wa boleh kena sue! Khainney!

CARA SENANG Untuk Membuat Banner Exchange Link

Ok Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca sekalian. Terima kasih kepada semua followers yang baru mengikut blog Jom Photoshop ini.Maafla, dah lama tak mengupdate blog ini.
Tutorial ini merupakan tutorial yang lama dipinta oleh Saudara Fawas. Saya akan ajarkan anda cara - cara membuat Banner Exchange Link.

 
LANGKAH PERTAMA 


Pilih dan masukkan gambar pilihan ada ke Adobe Photoshop. Saya mengesyorkan anda menggunakan Adobe PS Cs3 dan kepada yang telah mahir menggunakan CS3, anda boleh mencuba CS4 yang baru. OK?

 


LANGKAH KEDUA
Tentukan size banner yang anda hendak buat. Ok, saya mengesyorkan anda mengambil size 170x66 pixel. Banner tersebut tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Cun cun.

 
LANGKAH KETIGA

 
 
Tarik gambar pilihan anda ke dalam Subjek (banner) dengan mengklik pada layer yang anda kehendaki dan terus tarik masukkan kedalam subjek tersebut.

 
LANGKAH KEEMPAT

 
Hiasilah banner anda dengan sekreatif yang mungkin. Banner tersebut akan menjadi cantik jika anda pandai menghiasi banner anda.

 
LANGKAH KELIMA

 
OK Anda perlu buat dua banner yang berasingan. Satu untuk frame 1 dan satu lagi untuk frame 2. Jangan ubah latar belakang gambar tersebut, anda hanya perlu mengedit perkataan sahaja dan pastikan Frame 1 sama dengan Frame 2. [Rujuk gambar diatas]

 
LANGKAH KEENAM

 
Lepastu, pastikan anda mendapat banner yang sama di atas. Ok. Kemudian,anda pergi ke Lunapic dan anda terus meng-upload image Frame 1 di ruangan UPLOAD

 


LANGKAH KETUJUH
Sila ikut image di atas

 
JIKA ANDA INGIN ANIMASI ANDA CEPAT, ANDA BOLEH MENGUBAH FRAME DELAY SECOND DENGAN MENCUBA 0.5SEC DAN LAIN LAIN LAGI

 
LANGKAH KELAPAN

 


TRY AND ERROR OK?