Tuesday, June 30, 2009

Korang giler Myspace?

Korang ada akaun di Myspace? Erm, aku pun ada. Dulu, niat daftarkan diri di Myspace bukannya ada apa sangat, sebenarnya daftar Myspace hanya untuk memenuhi syarat yang aku pun ada akaun Myspace. Dulu, dimasa aku menuntut di sekolah menengah, ramailah kawan - kawan yang keluar outing pada hari Sabtu untuk ke Cyber Cafe, semata - mata nak membuka laman sosial tersebut.

Hari ini, Myspace dah jadi laman jaringan sosial no. 2 dalam dunia dan dah dikalahkan oleh Facebook yang amat popular gila kentang. Aku pun tak lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri di Facebook. Aku ada semua, Friendster, Myspace, Tagged dan Facebook. Tapi yang aku hanya aktif ialah Facebook dan Friendster. Tempat - tempat lain tu jarang aku buka.

Aku amat benci anak muda remaja kita yang bersosial di Myspace.Friendster pun ada juga, tapi tahap sosial di Myspace amat teruk berbanding di Friendster. Aku naik menyampah dengan budak - budak belasan tahun yang belagak matang, macho, dewasa, ayu dan gojes tiru ayat diorang yang bajet cun semua.

Lelaki mahupun perempuan, semua saja je.
  • Yang perempuan, digambar utama letak gambar bertudung, tapi didalam album gambar penuh dengan freehair. Apa barang ni?
  • Budak - budak lelaki hingusan berpakaian kemas seperti anak orang kaya,berkaca mata besar gila macam mata lalat, tapi ambil gambar di didalam bilik di rumah kampung. Aduhai.
  • Budaya tunjuk menunjuk keterlaluan. 
  • Muka sebijik pun tak ada jerawat. Semua gambar diedit untuk kelihatan kulit muka yang licin dan cantik. kalau yang cantik betul tu, tak payah nak edit - edit dah.
  • Gambar maksiat berleluasa. Orang lain pun ada makwe pakwe, tapi janganla letak perkataan keterlaluan sangat. Tak akan mati pun kalau takde makwe pakwe tu. 
  • Ambil gambar yang bergaya semasa mempergayakan baju didalam fiting room. Tak beli pon, lepas ambil gambar, letakkan la semula.
  • Perempuan muslim yang cetek ilmu agamanya memakan kalung yang berlambang salib. Siap letak lagi, ini hanya fesyen. Bukannya pakai tiap - tiap hari pun.
  • Banyak lagi sebenarnya aku boleh tulis kat sini. Tapi cukuplah.
Aku rasa ini semuanya revolusi sosial anak Melayu kot. Tahap sosial anak muda kita diluar sana pun memang teruk dan bila diorang bersosial didalam laman sesawang Sosial, lagi teruk la jawapnya kan? Kalau sapa yang terasa tu, paham - pahamla. Aku bukannya nak mengata, tapi nyata.

Monday, June 29, 2009

PS BRUSH : Rising Sun Brush Pack No.3

Ok, ini pek Brush no.3 keluaran Luth.Tahla siapa yang design brush ni, tak ingat dan tak tahu nak letak credit kat siapa. Dah lama dah sangat download brush ni. Saja nak share.

Kalau anda tak tahu bagaimana nak menambah koleksi brush anda, sila rujuk tutorial ini.

DOWNLOAD LINK (11MB)

Mediafire
Rapidshare
Bizhat

Minum petang bersama bloggers Insan Tinggi

Alamak, banner kat atas tu macam segmen mari melancong ataupun macam rancangan masak - memasak je dalam blog Luth nih. Hahaha.

Eh, ini bukan posting pasal segmen yer, makcik yang ada kat atas tu ialah Cik Zafirah Mahdzir 

Sapa dia tu? Aha, dia tu blogger paling popular di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) Sungai Petani. Erm, semalam ada lah buat pertemuan empat mata dengan blogger ni.

Pertama kali Luth masuk IPSAH, nak pegi jemput Cik Zafirah a.k.a Zack. Serius taktau jalan dalam tu. Nasib baik kecik je kawasannya. Dia dah bagi direction, tapi boleh sesat jugak. Ada ke simpang empat dikatakan T- Junction?

15 minit tunggu Cik Zack ni. Ala, perempuan memang macam ni. Bagilah dua jam pun, tetap akan lambat jugak. Itulah inilah serba serbi tak kena. Haha. Cik Zack ni memang tinggi pun. Bergaya. Macam model tu. Nanti Zack, jangan lupa apply model sambilan yer. Ada kekosongan model sabun. Hahaha.

Nasib baiklah Cik Zack ni peramah macam Luth jugak. Taklah macm ayam dengan itik. Sorang senyap dan sorang. Oklah kan? Cik Zack terlalu excited bersembang petang semalam, sampaikan air atas meja pon boleh tertumpah atas seluar. Dahla pakai seluar cerah, nasib baik tak banyak, kalau tak jadilah kes kebocoran. Hihihi.

Anyway, terima kasih kerana sudi jumpa Luth petang semalam. Alahai, kami lupa nak tangkap gambar berdua semalam. Ingatkan nak suruh abang mamak tu tangkap gambar, tapi disebabkan dia tu tengok pelik semacam je, tak jadi la pulak. Lagipun, Luth kan pemalu! Awwww....

Jom ushar blog Cik Zafirah a.k.a Insan Tinggi

Sunday, June 28, 2009

Ushar Wayang | Transformers 2 : Revenge of the Fallen

Adui, rasa tak puas kalau tak buat review pasal movie nih.Transformers 2 : Revenge of the Fallen merupakan movie yang paling terbaik pada pertengahan tahun 2009 dan mungkin yang terbaik dalam tahun ni. Ramai dah blogger dah mereview pasal cerita ni. Ada yang siap jadi pengunjung pertamalah, itulah inilah semasa menyaksikan cerita ni. So, tak tahu nak review apa lagi.

Luth dah terlewat 2 hari menyaksikan filem yang gempak ni pada hari Jumaat malam di Sunway Carnival Mall Seberang Jaya,  rasa layann je tengok midnight cerita ni. Terpegun, tak terlena pun.Banyak sangat aksinya. Lepas keluar je dari panggung, pintu keluar tu jammed la pulak.Ramai sangat.  Terima kasih kepada anda yang mana membelanja Luth tengok cerita ni. Terima kasih banyak - banyak. Budi baik anda akan saya balas nanti, Insyaallah. Hehehe.


Tak tahu nak komen apa dah sebab terlalu ramai blogger mereview pasal movie ni. Apa yang Luth boleh katakan, kepada anda yang tak tengok lagi tu, carilah peluang anda untuk menonton movie ni. Rugi kalau tak tonton. Sementara pisang goreng masih panas. Lai lai lai!

P/s: Nak tunggu orang sana belanja, lambat lagi la yer..
P/ss: Esok nak tengok lagi. Sapa nak ikut?
P/sss: Syoknya tengok wayang free..

Saturday, June 27, 2009

Kawan Oh Kawan

Imej sumber dari A Beautiful Revolution

Teringat mak kata dulu - dulu, sebelum melangkah masuk ke sekolah berasrama, "Pi, pandai - pandai tau cari kawan, cari kawan yang baik" dan kata - kata itu masih lagi aku pegang dan aku gunakan sampai sekarang.

Aku ada banyak kawan. Dari Taiping dulu, aku dah belajar di tiga buah sekolah menengah dan aku mempunyai banyak koleksi kawan - kawan.

Tak kisahlah hitam ke, putih ataupu pendek serta berambut kerinting, aku ada semua kawan - kawan jenis macam tu. Aku memang friendly dengan kawan - kawan. Aku memang mudah mesra jika baru pertama kali perkenalan. Sebab itulah aku ada ramai kawan. Koleksi kawan semasa sekolah dahulu ramai, lebih kurang satu Malaysia ada cawangan sampailah aku sambung belajar di Politeknik sekarang ni.

Lepas saja habis SPM, aku nak cari pengalaman baru dan nak celik mata untuk melihat dunia luar untuk mencari duit sendiri. Aku bekerja di sebuah kilang elektronik yang terbesar disebelah Seberang Perai dan disitu aku kenal lagi ramai kawan. Yang muda, yang tua, yang dah bergelar makcik, tapi suruh dipanggil kakak, abang Bangla dan kakak Indon jadi kawan aku. Aku suka.

Selepas aku habis kontrak bekerja dikilang tersebut, aku sambung pekerjaan di kedai kain yang aku kerja dan mempunyai banyak kawan dikalangan staff tersebut dan juga dikalangan pelanggan aku. Pelanggan kalau yang mana kerap datang kedai tu, mesti akan cari aku kalau mereke dah pernah dilayan oleh aku. "Dik, mana dia adik yang kurus - kurus tinggi tu?" tanya seorang pelanggan aku pada kakak aku, yang mana bekerja dikedai yang sama sebagai Juruwang disana.

Kakak aku pun memberitahu yang aku sudah berhenti kerja dan sambung pelajaran. Banyak juga pelanggan yang mana biasa dilayan dengan aku cari aku dikedai tersebut, bukannya nak bangga dengan diri, mereka suka cara aku yang ramah dan mesra pelanggan. Sampai sekarang, ada lagi seorang pelanggan aku yang mana masih lagi keep - in - touch dengan aku.

Dalam banyak - banyak kawan, aku dapat bahagikan pelbagai jenis kawan aku :

  • Kawan yang hanya bergelar "kawan" semasa dia susah dan tidak bergelar "kawan" semasa dia senang
Anda mesti paham kan apa maksud aku diatas tu? Erm, bukannya apa. Aku ada banyak kawan macam ni. Dalam sepuluh orang, ada 4 orang kawan macam ni. Dia hanya cari kita semasa di berasa didalam kesusahan dan memerlukan kita tolong di dengan bersungguh - sungguh.

Aku merupakan kawan yang baik. Aku tak kisah bab menolong orang dan tidak perlu balasan. Niat aku, kita tolong orang hari ini, nanti satu hari nanti orang lain akan tolong kita. Kan kan? So, kepada kawan - kawan yang mana "menjadi" kawan aku dan "mempergunakan" aku semasa anda susah tu, aku tak kisah. Itu baru kawan. Masa susah, susah bersama dan senang bersamalah kan? Tak perlu nak menjadi kawan pada sesetengah masa sahaja. OK?

  • Kawan yang berjanji itu ini, tapi sampai satu masa janjinya tinggal janji.
Aku tak suka kawan macam ni. Contohnya, bila kita tolong dia masa dia memerlukan pertolongannya, dia akan cakap "Terima kasih wei. Nanti aku belanja hang ya. Tau tau". Aku tak amek serius pun perkataan kawan macam ni. Aku anggap benda yang dituturkan itu useless, tak de makna sedikit pun. Dan bila kita saja nak uji janji yang ditaburi tu dia akan kata "Eh, mana ada aku cakap macam tu? Silap orang kot?" Itulah kawan.

  • Harta hang harta aku, Harta aku, aku punyalah!
Kawan jenis ni memang aku tak suka tahap gaban. Masa dia susah, "Luthfi, pinjam motor hang sat. Sattt je. Aku nak pegi topup jap la. Emergency ni" dan aku selalu cakap pada orang macam ni "Macam mana hang guna, macam tu la hang pulang kat aku ya? Jaga tau" sebab aku tak kesah nak bagi pertolongan pada orang. Tapi, kalau kawan yang haprak macam tajuk kat atas tu aku nak mintak pinjam barang dia, seperti barang diatas tu, dia selalu memeberikan respon negatif. "Eh, aku nak guna la. Minyak tak ada tu. Weh, tayar tak ada anginla." dan yang paling bengang "Motor aku dah basuh la, hang guna la motor hang. Nanti hujan" Tobat aku benci.

  • Dulu - dulu kawanla, sekarang tak kawan dah
Bukan semua orang suka kita. Kita tak boleh set dalam kepala kita, yang kita yang terbaik dan kitalah yang betul selalu. Aku pun sama, bukan semua orang dapat terima aku dan bukan semua orang suka kat aku. Aku ada kawan, dan dalam masa yang sama aku ada musuh a.k.a orang yang aku tak kawan.

Tulah, aku pon tak paham dengan dunia ni. Kenapa perlu ada perasaan cemburu dalam diri semasa persahabatan kau - aku? Kita kawan kan. Tak ada masalah lah kalau aku lebih dari hang dan hang lebih dari aku. Aku ada EX5 hang ada LC135. Aku tak kesah pun hang ada LC, hang mampu nak beli aku tak mampu. Kenapa kalau hang ada LC135 aku ada Proton Iswara hang tak senang dengan aku. Oleh sebab itu hang dah semacam dengan aku? Oh manusia.

Oleh sebab kawan macam ni lah, aku hilang kawan. Yela, aku dah tak suka kawan si A dan si B yang baik dengan aku jadi kawan rapat dengan si A, dalam masa yang sama aku takkan kawan dengan si B tu. Sebabnya? Aku dah terkena.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku nak tulis. Tapi takpalah. Ni pun dah cukup panjang. Puas kalau dapat tulis panjang macam ni. Aku tak nak hampa kata aku je yang baik. Tidak sama sekali.

Friday, June 26, 2009

Tangkap! Tangkap Pencuri tuu!!

Aduhai.. kejadian curi motor sekarang ni dah menjadi - jadi. Semalam ada orang hilang, harini ada orang hilang lagi, esok mesti ada orang hilang moto jugak. Apa kes ni. Itulah kejadian yang paling kerap terjadi dalam taman perumahan Luth ni.

"Ish, hampa takdak duit ke nak beli motor sendiri? Mak bapak tak boleh beli motor kat hang ke? Apa, tak mampu? Kalau tak mampu, buat cara tak mampu, jangan cuti motor orang lain. Kesian kat orang yang hang curi moto dia tu"

Kes hilang motor banyak terjadi di bandar - bandar besar, kawasan ulu pendalaman dan lain - lain lagi.

Macam - macam cara pencuri guna untuk curi motor. Tanggal tayar, ambil badan saja la, tanggal injin, ambil karburator, ambil motor tinggal kunci dan macam macam lagi.

Tak guna betul pencuri tu, kalau dapat tangkaplah, jaga dia. Lunyai aku kerjakan. Hahaha.

Ok, Luth nak share tips macam mana nak jaga motor daripada dicuri
  • Pasang kunci kedua, ketiga, keempat dan banyak - banyak kunci.
  • Letakkan motor anda dikawasan yang ramai orang dan mudah dilihat.
  • Pastikan kunci motor anda berada disisi anda. Jangan pula tinggal dimotor.
  • Kalau mampu, pasang sistem penggera seperti kereta tu.
Kalau tips tersebut tidak menjadi, gunakan tips ini
  • Gunakan motor biasa - biasa sahaja. Ala, macam motor apek pakai pergi ke kebun, motor pakcik pegi menoreh dll. Kalau naik LC ke, Nouvo ke, dan model - model lain, mesti orang yang tak mampu akan cemburu akan anda.
  • Kalau naik EX5 (motor biasa) pastikan motor anda tidak cantik dan tak menarik perhatian pencuri. Jangan basuh, biar nampak buruk. Hihi.
  • Jangan pasang sebarang aksesori yang menarik perhatian. Pakai je kong biasa motor tu, biar nampak standart. Tak payah la rim sukan yang lawa - lawa.
  • Sebelum tinggal motor (parking) tu, tanggal siap - siap komponen yang penting. Macam buang karburator ke, buang tayar ke baru la motor takkan hilang. Hahah.
  • Tambat motor anda di tiang yang besar. Ikat pakai rantai feri, kompom tak hilang.
Ok, setelah anda lakukan perkara diatas, motor anda tetap hilang, Luth tak tahula nak kata apa. Itu maksudnya, anda tiada rezeki. Bye - bye!

Image : V.Net Indo

Wednesday, June 24, 2009

Tutorial Photoshop : Jom Ubah Warna Mata!

Salam hormat semua! Tutorial yang ringkas ini saja nak share dengan anda, bagaimana nak tukar warna mata kita. Kalau korang dah ada anak mata warna cokolat, tak payah la nak tengok tutorial ni. Mata dah lawa. haha..

Kalau korang yang mana nak pakai kanta lekap berwarna warni, tapi tak berani nak pakai, ubahla warna anak mata korang pakai photoshop sudah.  Segak aih!


Kat bawah ni ada dua model baru. Satu, blogger tegar tambah hebat lagi kacak, En. Hadi dan sebelah kanan tu En. Din Peter Pan. En. Din tu artis in making. Suara? Tudia, memang gempak. Gila kentang beb!

Hadi mata warna merah dan cik Din tu mata warna hijau. Anda nampak? Kalau tak nampak, klik pada gambar tersebut untuk kejelasan yang nyata. Ok. 

Jika anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop, anda boleh download disini. Langgani RSS untuk mengikuti pekembangan blog ini melalui E-mail anda. Ianya percuma!

Tuesday, June 23, 2009

Tutorial Photoshop : Buat Kolaj Bersajak

Macam siot je eh tajuk tutorial pada kali ni. Haha. Ok, kali ni, Luth nak share macam mana nak buat image anda ala - ala model madah cinta eh. Sebenarnya, tutorial kali ni memang senang dan anda pasti boleh lakukannya.

Terima kasih kepada Cik Sarah Al-Idrus kerana menjadi model bagi tutorial Luth pada kali ini. Sesuai gitu dia jadi model. Sesiapa nak jadi model tutorial Luth, jangan malu ataupon segan emailkan kepada luth di luthtextile [at] gmail [dot][com]



Tutorial kali ni merupakan tutorial video yang kedua Luth. Selamat men-photoshop-kan diri!
Kredit sajak : Istimewa2u

Monday, June 22, 2009

Oh, Selamat Hari Bapa!

Semalam hari bapa. Semua bapa - bapa kat muka bumi ni mesti diraikan oleh anak - anak sendiri kan? Ada yang dapat kad dari anak - anak, ada yang dapat kiss dari anak mereka dan pelbagai lagi cara anak - anak mereka meraikan bapa yang mereka sayangi.

Semalam Luth dan keluarga tak lepas juga meraikan hari bapa pada tahun ni. Masa hari Ibu haritu, kami dah raikan mak kami, dan kalau tak raikan hari bapa, apa pulak kata ayah nanti. Tahun ni, semua hari kami raikan. Seronok sangat.


Alhamdulillah, apa yang dirancang oleh mak dan kakak, berjaya juga berlangsung dengan jayanya. Kek Selamat Hari Bapa dipotong pada tengah hari semalam, di Lata Bayu Kedah. Ini merupakan kali kedua Luth datang kesini. Nasibla kami sampai awal, pukul 12 dah sampai dengan ambil masa satu jam perjalanan dari rumah.

Berbekalkan lauk dan menu yang dimasak oleh mak, kami sampai - sampai je kat sana terus makan. Perut dah lapar. Tengok semua makanan yang dibawa tu perut bunyi lagu dangdut pulak. Tapi, makanan yang mak masak tu Luth tak makan pon. Hanya Luth makan seketul ayam goreng berempah ala - mak dan Luth makan sebelah buah durian. Tah berapa ulas yang Luth makan. Kat situ ada sorang brader jual durian kampung.


Katanya, kalau ambil dua biji RM10, tapi kalau ambil enam biji dia kira RM25. Kalau mak, dia tak puas hati kalau tak dapat tawar, akhirnya dapat RM23 untuk enam biji durian. Luth tak makan nasik la gayanya, hentam durian tu je. Dah makan kenyang - kenyang, makan durian jadi panas badan, kami pun naikla memanjat bukit kat situ. Mandi - manda. Sejukkkk...

Ayah seronok dapat berendam, mak pun tak lepas peluang mandi sungai. Sejuk. Memang sedap. Panas badan sebab makan durian tadi pun dah hilang. Lepas je mandi, semua pakat letih. Almaklumlah, seronok sangat mandi sungai. Enjoy sangatla tu. Luth yang nak memandu balik pun letih.

Lepas mandi, kami terus ke pekan Baling. Kata ayah, dia nak belanja makan minum kat sana. Luth pun tak pernah ke Baling dan itu kali pertama Luth sampai disana. Dah sampai sana, teringat pulak kat bandar Ipoh. Ada batu kapur yang besar kat sana. Sejuk dan tenang je. Pekan Baling pun klasik je gayanya. Macam duduk zaman koboi. Wakaka.

Sampai je rumah, semua pakat pengsan. Letih! Letih tapi seronok. 

Sunday, June 21, 2009

Selamat Bertunang Cik Eyza!

Ini merupakan salah satu gambar yang dipinta oleh Cik Eyza yang mana dah lama suruh edit gambar tunangnya. Dah lama dah dia bagi, cuma masa ni baru je dapat nak publishkan. Enjoy the picture. Orang kalau dah cantik, gambar edit sikit - sikit pun dah cukup. Cik Eyza ni anak mami Penang. Comel gitu..

 
  
  
  
 
Selamat bertunang kepada Cik Eyza, semoga dapat kejinjang pelamin dengan cepat dan cepatla dapat makan nasi minyak. Nanti dah kenduri tu, jemputla kami kat sini.

Friday, June 19, 2009

Dah 7 Hari!


Dah tujuh hari aku lepak kat rumah. Entahla, kadang - kadang rasa best, dan kadang - kadang rasa boring. Tapi, lebih rasa best dari boring sebab dah tak payah nak susah - susah bangon pagi pegi kilang, hihihi.

Dalam seminggu, usha untuk membuat report akhir baru berjalan lancar sebanyak 3%. Oh, ada sikit improvemen dari beberapa hari yang lepas. Mungikn aku rasa nak pegi buat kerja part time, dan mungkin tak.

Aku rindu. Titik (tiru ayat seseorang bila sedang berphotoshop)
  • Aku rindu nak meeting pagi. Dengar boss mata sepet hentam orang sana sini. 
  • Aku rindu nak cuci tangan yang kotor. Selalu, tangan aku berminyak je sampai ke siku. Memang kena tonyoh kuat - kuat untuk hilangkan minyak.
  • Aku rindu nak makan nasik yang bermenukan lauk yang sama di kantin itu. Lepas je makan, pegi baca sat surat khabar.
  • Aku rindu nak minum kopi tongkat ali kat vending machine kilang tu. Selalunya, pukul 1030 pagi dan 330 petang masa keramat untuk minom kopi. Buatla kerja apa sekalipun, tepat masa, ramai - ramai "kerumun" tekan kopi sorang satu.
  • Aku rindu nak tukar duit syiling kat amoi. Ehem, selalunya tu jela modal aku nak sembang dengan amoi - amoi cina dan vietnam kat sana. Asyik -asyik, aku je jadi mangsa brader - brader suruh tuka syiling. katanya nak tekan air.
  • Aku rindu pulak rasanya nak basah baju dan seluar. Dok ghalit buat kerja, berpanas sampai baju luar baju dalam, seluar kecik dan seluar besar habis basah lencun. Oh, punya komited buat kerja. Lalala..
  • Aku rindu nak tangkap gambar mesin dalam kilang banyak banyak. Brader - brader kat sana dok panggil aku Engineer tangkap gambar. Setiap kali buat kerja, tangan aku mesti takkan lekang dengan henset. Haha, tangkap gambar untuk report. Hihi.
  • Aku rindula kat kakak klinik. Setiap kali kami nak mengular, kami mesti lepak kat klinik. Lepak kat klinik best, ada air cond. Selalunya, kak klinik mesti bagi Vitamin C bawak balik (modal pegi klinik)
  • Aku rindu nak ronda satu kilang. Aku rasa, aku jela budak training yang kuat meronda dalam kilang tu. Yang lain semua pasif. Aku rasa satu kilang kenal aku, sebab semua orang aku tegur. Aku ingat kata - kata korang, jangan sombong masa training.
  • Aku rindu nak berlumba - lumba balik time balik. Cukup je jam 5 petang, kami tinggal apa yang kami buat. Yela, dah pukul 5, 5.25pm loceng dah bunyi. So, tepat pukul 5, kami dah tinggal tempat kerja dan pegi cuci tangan. Time balik memang best. Yeeeehaa..
  • Dan, akhir sekali aku rindu nak balik belajar. Teringin nak tidor dalam kelas masa dalam kuliah, teringin nak makan nasik dengan classmate, dan teringin nak tulis note dalam buku. Ada sebabnya pihak politeknik buat Latihan Industri tengah - tengah semester (semester empat bagi diploma, semester tiga bagi sijil) ada hikmahnya. Masuk je semester lima nanti, aku nak pulun belajar. Begitu susahnya bekerja dari belajar. Senangnya belajar dari kerja.
Semua tu aku rindu.Teringat kata - kata pakcik kat sana :

"Hang mai training sini berapa lama?" 
"Lama pakcik, enam bulan" 
"Ooo, serupa kerja sini la noh.. bla..bla..bla.."


"Eh, u training sini dah berapa lama?"
"3 bulan"
"Eh, yeke. Ingat macam baru lagi masuk"
"Takdakla, dah tiga bulan la"


"Bila u last day?"
"Next week la"
"Ah? Next week. I thought u ada lagi enam bulan"
"Mana ada, I masuk sini bulan 1 maa.. Sekarang dah bulan enam. Cukuplah enam bulan. U nak tambah lagi ke lagi enam bulan? Ayoo.. Mati la macamni"

Thursday, June 18, 2009

Wednesday, June 17, 2009

Dimanakah tempat kamu melepak?

Cuti - cuti macamni, aku dah jadi buntu nak buat apa kat rumah. Entahla, sebenarnya ada banyak kerja. Buat itu lah buat inilah. Mak dok rajin pot pet pot pet, "Hang dok cuti kat rumah, banyak je benda yang mak suruh hang buat. Cuci tingkap, kipas berhabuk, tonyoh dinding bilik air dan macam - macam lagi" itulah yang aku dok dengar tiap- tiap hari.

Sebenarnya report final aku tak siap lagi nak buat. Baru 1% dalam proses pembinaan. Cuti - cuti macamni, aku rasa macam nak pegi duduk melepak je. Nak cari ketenangan. Yelakan. Dah lama sangat terkurung dalam kilang kain apek tu, nak jugak merehatkan minda yang terkurung ni terkurungla sangat

Bagi korang, tempat mana yang korang selalu lepak? Bagi aku, aku suka tempat yang menenangkan dan boleh cuci - cuci mata.

Tak suka kompleks beli - belah

Kat Penang ni, dah belambak sangat pusat beli belah. Kalau kat Seberang ni, dah nak dekat enam tujuh buah pusat beli belah. Lagi banyak, lagi senang kita nak beli barang. Tapi, kalau korang nak ajak aku melepak dalam tu, sory to say, aku tak suka.

Bagi aku:
  • Nak pegi pusat beli belah hanyalah untuk beli barang sahaja. Kalau dah beli barang - barang tu, balik terus. Tak payah nak merayau - rayau.
  • Nak pegi tengok wayang atau main boling, snuker ke. Itu je. Dah habis main/tengok wayang terus balik. Tak payah nak berpelseran kat sana.
Entahlah, sejak masuk tahun 2009 ni, aku dah macam tak friendly dengan pusat beli - belah. Kenapa?
  • Dalam kompleks tu, banyak gila orang. Macam semut. Sini ada, sana ada. Semak mata aku.
  • Bila aku dok lama-lama dalam tu, kepala aku mula la pening dan selalu nak cari pintu keluaq. Tak tahan.
  • Kalau pegi dengan mak, aku rela duduk diluar kompleks ataupun aku rela tak ikut.
Lebih suka pantai

Aku lebih suka lepak kat tempat yang banyak orang, tapi menenangkan. Nasibla Seberang Perai ni memang ada pantai. Mujur ada tempat nak melepak. Pantai merupakan tempat no.1 kalau aku nak pegi melepak. Tak kiralah dengan sapa - sapa pun, siang ke, malam ke. Pantai mesti jadi pilihan no. 1.

Kalau dah boring nak lepak di belah seberang, bolehla duduk santai di sebelah pulau sana. Gurney ke, Padang Kota ke, ataupun dekat pantai Queensbay. Kat sana, siang ke malam ke macam sama je. Ramai je orang dok melepak sana.

Apa - apapun, aktiviti melepak ni baik untuk kesihatan untuk orang yang melepak cara baik dan memudaratkan kepada orang yang melepak cara yang tak baik. Lepak cara yang baik, bersama kawan - kawan sejantina dan keluarga. Kalau yang tak baiknya tu, paham - paham sajalah. Silap - silap, nanti ada je orang tegur kat belakang ataupun ajak pergi ke pejabat diorang.

Tuesday, June 16, 2009

Jangan Hidup Dengan Kenangan?

Hidup dan kenangan memang tidak dapat dipisahkan. Ia seperti kuku dangan isi, baju dengan badan dan juga kasut dengan kaki. Mana boleh baju dipakai dekat kaki dan juga kasut dipakai dibadan. Oh, apa yang aku merapu ni.

Berbalik pada tajuk, setiap apa yang kita lalakukan pasti akan menghasilkan kenangan dan ia amat amat memeritkan. Pada seseorang yang sedang dilamun cinta dan juga menegecapi keindahan cinta, pasti mereka akan berasa bahagia dengan kenangan yang mereka sedang cipta.

Yelakan, pergi sini, pergi sana buat ini, buat itu dan sebagainya. Kenangan yang tinggal memang kenangan yang indah buat hidup mereka. Tapi, pada insan yang kehilangan cintanya ataupun telah merasakan pahitnya cinta, mereka pasti akan rasa kesakitan kenangan yang lalu.

Yelakan, dulu aku pegi situ dengan ehem - ehem aku, owh.. kat situ ek? aku makan dah dengan ehem - ehem aku dan sebagainya. Perjalanan kenangan yang lalu pasti akan menghantui seseorang yang merasakan pahitnya kenangan.

Aku? Dulu aku mengalaminya sedemikian. Betul lah, dulu kami pergi berdua dan sekarang tidak. Bagi aku, kenangan yang lalu yang hanya menjadi sejarah kehidupan perlu dibukukan dan dijilid. Aku suka akan kenangan. Aku suka akan nostalgia yang lalu dan aku suka akan perkara yang lalu.


Hidup bersama kenangan boleh jadi gila?

Itu adalah salah satu pesanan rakanku. Dulu, aku suka ungkit kenangan itu dan ini dan dia terus berkata sedemikian. "Jangan hidup dengan kenangan, nanti gila susah. Hadapilah kehidupan mendatang" jelas rakanku itu. Aku terima segala apa yang kau pesan pada aku. Terima kasih dan kini, kenangan tak menghantui diriku lagi.

Kenangn yang lalu biarkanlah ia berlalu dengan seribu kemanisan dan sedikit kedukaan. Cukuplah ia menjadi sebagai salah satu panduan hidup dalam diri ini. Betul tak?

Monday, June 15, 2009

Arrgghh.. kena terjah!!

Memang menarik! Tahniah kepada rakan setugas Luth di Desa FM kerana pandai mereka satu segmen terbaru iaitu Desa Terjah Dj Desa FM. Sebelum ni, segmen ni dah dilakukan oleh Dj Fairuz yang mana beliau ada menerjah pendengar Desa FM di Yahoo Messenger.

Akibat terlalu lama Dj Fairuz tidak keudara, segmen Desa Terjah tersebut telah dilupakan. Tak silap Luth, saudara Khairil pon dah pernah kena terjah dek si Fairuz tuh. Haha. Memang menarik.

Sekarang ni, Dj Double D tengah rajin membuat segmen Terjah Dj DesaFM melalui telefon. Nak dengar rakaman telefon yang dibuat oleh Dj Double D? Malulah Luth nak share. Malu ke tak malu ke, saja nak semadikan rakaman tersebut dalam blog ni. Nanti - nanti kalau boring bolehla gelak sorang - sorang lagi pabila dengar rakaman ni.



By the way, terima kasih kepada Dj Double D kerana menghidupkan satu segmen yang begitu menarik. Luth dah ada termencarut pada si DD tu sebab geram la kan. Mula - mula dah agak dah, takkan la ada orang nak jual insurans yang begitu murah macam tu.

Hahaha. Selamat menghayati video tersebut ok?

Tutorial Photoshop : Membina Text Seperti Ais

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog buruk ini. Hari ini Luth rajin pulak nak buat tutorial seperti disebelah ni.

Ok, Tutorial ini memang agak sukar sedikit dan memerlukan anda mencuba dan mencuba disamping meneroka teknik yang baru.

Kita lihat langkah - langkahnya yer:

Langkah Pertama:
Langkah kedua:
Langkah ketiga:
 Dan hasilnya adalah seperti dibawah ni ha. Anda semua perlu try and error untuk tahu teknik yang terbaik dan gaya yang cun untuk image yang anda bina. Jumpa lagi di tutorial seterusnya.

Sunday, June 14, 2009

Semua Berkaitan Photoshop!

Perisian Adobe Photoshop
Download disini

Tambah Brush Di Photoshop
Pada tutorial ini, korang boleh belajar macam mana nak tambahkan koleksi brush di Adobe Photohop masing - masing.

Lepas download, ada cara - cara nak letakkan brush yang baru download itu.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]

Crop (potong) image dengan cepat
Ok, kaedah Quick Mask juga merupakan salah satu kaedah memotong gambar dengan cepat. Nak tahu caranya, jom ushar tutorialnya!

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]





Mari rahsiakan muka anda
Nak rahsiakan muka anda seperti disensored di akhbar ataupon majalah? Ada caranya disini

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]





Jom mantapkan bibir anda
Bibir anda cantik, tapi kurang tarikan? Kalau tak menarik, pakailah gincu atau lipsgloss, tapi kalau nak sentuhan dari photoshop, ada caranya disini

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Membuat image pop-out (terkeluar)
Nampak hebat kan kalau aksi kita terkeluar daripada skrin komputer? Nak tahu caranya, ada sini.

[KLIK SINI UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Tukar gambar warna ke hitam putih
Nak buat image dari warna ke hitam putih? Caranya amat mudah! Semudah ABC

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Jom tukar warna rambut
Nak warna rambut, tapi mak tak bagi? Teringin nak lawa macam orang putih? Haha, ada caranya kalau anda teringin nak rambut anda jadi warna macam rambut artis.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat image berframe
Nak buat gambar anda mempunyai bingkai yang cantik? Cubala sendiri, mesti anda puas hati.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]







Buat header blog
Dah jemu dengan header template asal blog anda? Jom ubah header mengikut selera anda. Bagi cun sikit blog tu

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Edit Text dengan cepat
Ada cara nak edit text bagi cepat. Kalau tak, slow je kan bila nak ubah text.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat gambar frame bulat
Kalau di photoshop yang biasa, anda tak akan boleh buat image berboder tebal. Erm, kali ni Luth nak share macam mana kasi bikin frame boder bulat.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Jom tambah Custom Shape
Jemu dengan custom shape asal photoshop? Kat sini Luth nak bagitahu cara nak tambah shape yang anda telah download tu

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]



Tambah tebal boder
Kalau dah jemu nak buat boder cantik - cantik, kat sini ada cara nak buat tulisan dan image anda bagi cun berboder nipis. Suka hati korang nak buat tebal mana pon.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]


Pelangikan gambar anda
Bagi meriah sikit gambar anda bila diedit. Kalau hampa dah cun, tambah - tambah cun kalau buat tutorial ni. Sumpah betol. Hahahaha..

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]




Buat brush Photoshop
Teringin nak buat brush sendiri? Sini ada caranya. Memang senang

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]



Buat Gambar dalam text
  Dah jemu dengan text biasa? Meriahkan text anda dengan gambar yang berada didalam.

Cara ini memang senang, dan cantik sekali.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]






Tonjol diri dalam imej hitam putih
Ok, nak jadikan diri anda hanya berwarna dalam sesuatu gambar? Senang sahaja jika anda buat ia di photoshop.

[KLIK UNTUK TERUS KE TUTORIAL]

Friday, June 12, 2009

Bye - bye Penfabric!

Alhamdulillah, berjaya sudah Luth menempuh cabaran dan dugaan semasa melalui latihan industri yang diwajibkan oleh semua pelajar politeknik. Alhamdulillah, ia berjalan dengan begitu lancar sekali, tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, rasa syukur ke hadirat Allah kerana memberikan peluang kepada hambanya mengecapi nikmat ini.

Lepas sudah enam bulan belajar ilmu baru, diharap ilmu tersebut akan dapat digunakan di bidang yang lain pula dan moga - moga, Luth dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi lagi. Terima kasih kepada warga syarikat Penfabric Sdn Bhd Mill 4 kerana memberikan kerjasama yang begitu baik dalam menjayakan misi latihan industri disana.

Walaupun diberikan elaun yang agak "berpatutan", Luth tetap bersyukur kerana kerja yang kami buat bukanlah seperti mencurahkan air didaun keladi, tak la sia - sia sangat. Adalah juga belanja buat menampung kehidupan seharian.

Pada hari Sabtu yang lepas, Luth ada buat sedikit makan - makan bagi menghargai abang - abang di Mechanical Dept tu. Ada la sikit jamuan yang mampu dilakukan, almaklumlah kan, kami ni student je, tak mampu nak buat dinner besar - besar dan gempak. Itu pun sudah memadai dan terima kasih kepada anda yang mana hadir ke jamuan pada malam tu.

Mereka yang tak hadir pada jamuan malam tersebut, Luth ajak bertanding bowling sebagai ganti sebab mereka tak dapat hadir jamuan tu. Terima kasih juga diucapkan kepada  anda, Abang Rani dan juga Abang Fauzi.
1001 dugaan dan cabaran telah ditempuhi dalam tempoh enam bulan pada tahun 2009. Alhamdulillah, Luth dapat menghadapinya dengan tabah. Alhamdulillah.

Thursday, June 11, 2009

24 Jam Lagi!

Yeah, sekarang Luth sedang menunggu detik melangkah hari Jumaat, 12 hb Jun 2009. 12 June merupakan hari terakhir Luth berpraktikal di kilang kain apek, Penfabric Mill 4 Perai. Alhamdulillah, masa dah berlalu meniggalkan kita. Dah banyak sangat - sangat Luth dapat belajar dari masa tempoh praktikal enam bulan ini.

Yang baik, yang buruk, masam manis dan pahit semua dah berlalu sepanjang enam bulan bergelar budak tumpangan dikilang yang begitu besar bagi kami. Berasaskan semangat untuk belajar, kami berdua (Azizi) terus menempuh hari dan hari untuk menamatkan satu modul yang wajib dilalui oleh pelajar politeknik untuk mendapat sebuah diploma atau sijil.

Esok, Luth akan meninggalkan kilang ini dengan 1001 kenangan. Biarlah kenangan ini tersimpan didalam hati dan sanubari, untuk bekalan menempuh hidup yang amat panjang.

Tak lupa juga, selamat ulang tahun kelahiran yang ke 22 buat Niermal, kawan baik Luth di Penfabric. Dia neh agak "childish" betol ke aku tulis ni dan peneman serta pengajar Luth semasa dikilang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Gelaran "Orang tak takut mati" ditujukan kepada dia sebab Niermal ni memang komited dalam setiap tugas yang diberi. Tapi satu je masalahnya, dia memang suka mengular, seperti gambar yang sebelah kiri tu. Tau tak mengular? Ada setengah orang cakap mengulat, tapi kat kilang tu depa suka cakap mengular ataupun bambu (dalam bahasa Tamil, Bambu = Ular).
Terima kasih Niermal sebab ajar aku sikit - sikit bahasa Tamil. Selama aku dok berkawan dengan hang, aku rasa macam aku paham je semua apa yang hang sembang dengan member -member hang. Hahaha.

Monday, June 08, 2009

Taiping, My Love

Semalam aku singgah ke pekan Taiping. Sebenarnya ada kenduri kawan ayah di Simpang Empat Semanggol. Lepas sahaja selesai berkunjung ke rumah Ustaz Hamzah, kami sekeluarga (Mak, ayah, kakak dan dua adik) terus pergi ke Kuala Gula.

Aku tak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Gula, yang terkenal dengan pusat transit burung - burung berhijrah. Kami hanya singgah di masjid melayu disana, yang tak berkubah. Masjid dah lama, tapi nampak gayanya macam jarang diziarahi oleh penduduk disana.

Pukul 6 kami sampai di pekan Taiping, bandar yang penuh dengan kenangan. Aku lahir, membesar, dari kecil hingga mengenal dunia di bandar ini. Segala kenangan manis dan pahit semuanya berada disana. Memang menyentuh hati.

Tahun 2004, pertama kali aku menjejakkan kaki di pekan Taiping dengan kaki aku sendiri. Perjalanan pertama bersama rakan - rakan yang menempuh segala suka duka menaiki bas dari Ijok (kampung kawan), iaitu kawasan pendalaman yang amat amat dalam! Tahun 2005, perjalanan tersebut berulang kembali, tapi ia sudah melangkah setapak dari bas ke motorsikal. Aku tidur pada mulanya di Ijok dan kemudiannya bermalam di Taiping.

Empat tahun kemudiannya, aku sendiri memandu ke Taiping. Dari bas, aku menaiki motosikal dan kemudiannya memandu kereta. Dari kecil, aku bersama rakan - rakan mengayuh basikal ke pekan Taiping dan kini semuanya dah makin maju.

Setiap tahun, pasti ada perancangan kami kawan - kawan dari Bukit Mertajam ke Taiping. Tak tahu apa keistimewaan Taiping yang boleh menarik kawan - kawan aku berkunjung kesana.

Walaupun sudah 7 tahun aku dan keluarga telah meninggalkan Taiping. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun kami dah ada di Bukit Mertajam dah lama, hati dan perasaan kami seolah - olah berada disana lagi. Kadang - kadang, ayah ada tersasul menyebut tempat sekian - sekian di Taiping. Contohnya macam kat bawah ni :

"Pi, jom kita pegi market taiping sat. Nak p tengok ikan dengan sayoq" kata ayah..
"Ha? Market Taiping? Apasai jauh sangat?" aku terkejut
"Tadak aih, market Penanti, tah tiba - tiba je bleh sebut market Taiping" jelas ayah

Semalam, aku termenung sendirian di pekan yang mempunyai 1001 makna dan kenangan dalam hidup aku. Segala detik yang berlalu dipekan ini, aku ingat kembali satu persatu, dan ia menjadi salah satu kenangan yang terpenting dalam hidup aku.

Sunday, June 07, 2009

Ushar Wayang : Night at the Museum: Battle of the Smithsonian

Dah terlambat sebenarnya nak review cerita ni. Hampa semua dah tengok kan cerita ni. Luth saja yang terlewat nak menyaksikan cerita ni. Sebenarnya, niat nak tengok cerita ni dah lama dah. Dah lama teringin tapi hajat tu baru saja kesampaian semalam.

Tak ada komen yang tak puas hati pasal cerita ni. Berkesinambungan daripada ceria lama, iaitu Night at the Museum dulu, bersambung dengan cerita Night at The Museum 2.


Saturday, June 06, 2009

Daulat Tuanku!

Luth bangga menjadi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Negara kita negara berdaulat bertunjangkan raja berpelembagaan. Raja - Raja Melayu menjadi tonggak kepada pemerintahan negara.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku berdua. Semoga dapat menjalankan tugas memerintah negara dengan adil dan saksama serta dirahmatiNya.

Sultan Mizan heroku, Tuanku Zahirah heroinku. Gantingan pasangan diRaja yang paling tip-top!