Friday, September 18, 2009

SALAM, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jemput ke blog ambil kad raya ya.. (kad raya kat sini)

Minta maaf kalau ada silap tulis yang menyinggung anda..


Ikhlas :  
Luth Textile, Penang

Thursday, August 27, 2009

Sunday, August 23, 2009

1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa satu hari pada 22 Ogos 2009. Kenikmatan berpuasa tu terasa. Tapi, yang bagusnya puasa semalam tak la ada lapar dan dahaga. Sebabnya dari pagi sampailah ke petang,hujan tak berhenti mencurah curah sehingga keladang gandum. Bumi Seberang Perai dihujani oleh hujan rahmat.

Biasala, walaupun kat sini tak semaju KL ataupun Penang, jalan utama disini memang sesak tahap cipan. Tensen kalau memandu pada ketika ini. Terutamanya pada waktu puncak, pada jam 5 ramai orang balik dari perjabat dan terus ke bazar ramadan. Yang pastinya, jalan telah menjadi "roti buku" dan ada tukang sapu jem ditengah - tengah jalan. Semuanya ghairah dan nak cepat untuk pulang ke rumah untuk persiapan berbuka. Takdak hal yang istimewa sangat kalau puasa macamni. Jalan sesak tu kira biasalah.

Tambahan lagi, jalan raya di pekan Penanti ni makin lama makin banyak kerana pertambahan pendatang asing dan orang luar yang mana menghadiri majlis dan memeriahkan kempen pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. Yang ada pilihan raya di Permatang Pasir, tapi bahangnya terasa sampai ke Penanti. Nasib baik depan rumah tak ada bawak naik bendera. Kalau macamtu susahla.

Walaupun bulan puasa, itu tak menghalang petugas - petugas dari dua parti yang bertanding berkempen. Kereta besar, mahal, kecil dan murah berlegar - legar membawa bendera parti masing - masing dan terlihat kelibat serta barisan kereta YB dan MP melintasi setiap jalan disini. Kalau dah mai sini tu bawak la sorang dua cukuplah, ni nak angkut geng satu kapal. Mana tak jem jalan. Polis pun tak kurang hebatnya. Jalan raya disepanjang pekan Penanti menjadi jalan sehala dan itu tak menunjukkan respon yang positif pon untuk tak sesak. Sesak lagi ada la.

Yang herannya, Penanti yang tak ada kena mengena dalam PRK Permatang Pasir pun dah jadi macam tempat bertanding. Cukup - cukuplah tiga kali pilihan raya sudah diadakan disini, PRU ke 12 Mac 2008, PRK P.44 Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun 2008 dan yang terbaru PRK N.12 Dun Penanti yang berlalu tiga bulan lepas menyaksikan perlantikan baru Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor  Othman selaku YB yang menggantikan Muhammad Fairus. Cukuplah politik menyusahkan rakyat, habis polis satu Malaysia turun nak jaga pilihan raya. Nanti kalau perompak rompak rumah, salahkan ahli politik yer!

P/s: Tak nampak semangat Merdeka langsung tahun ni. Tak ramai yang kibar Jalur Gemilang dikenderaan masing - masing. Dah dua tahun jadi macam ni.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan!

PEJAM CELIK pejam celik, harini dah masuk 1 Ramadhan bersamaan 22 hb Ogos 2009. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Maha Esa kerana Dia memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Rasa beruntung diri dapat bertemu dan mengecapi kemanisan Ramadhan tahun ini berbanding insan yang telah pergi beberapa hari yang lalu.

Pada tahun ini, kita berpuasa pada bulan Ogos dan InsyaAllah akan merayakan Aidil Fitri pada 23 September 2009. Masih terlalu awal nak bicara dan menulis disini pasal hari Raya sebab ia memang jauh pada kita semua. Pada golongan alim ulama, mereka mahu sepanjang tahun dilimpahi oleh berkat dan keistimewaan Ramadhan pada setiap bulan.

Oh ya, kepada yang berkemampuan untuk berpuasa, puasalah dengan mengikut syarat - syarat sah puasa dan jauhilah perkara yang boleh membatalkan serta mengurangkan pahala puasa. Siapa nak puasa dengan sia - sia? Tak mahu kan? Kepada insan yang tak boleh berpuasa akibat sebab - sebab tertentu, kalau nak mengisi perut yang kosong tu, sembunyi - sembunyikanlah dari pandangan orang lain. Malu itu tetap ada bukan? Hormatilah orang lain, baru diri anda akan dihormati.

Di kesempatan ini, Luth nak memohon ampun dan maaf jika ada tersilap dan terlanjur dalam penulisan blog ini yang  menyinggung mana - mana pihak. Biasalah, kita hanya sedap menulis di blog, tapi yang membacanya bukannya kita sendiri. Selain itu, harap maafkan jika ada terlanjur kata dan tersilap bicara semasa Luth ke udara di Desa FM, kot - kot ada anda ada tak berpuas hati dengan perkataan yang Luth bicarakan ketika menjadi deejay pada jam 8 - 10 malam.

P/s: Ada member melalak, tahun ni puasa dan raya tanpa partner.
P/ss: Tak larat nak kerja part time macam tahun lepas.

Friday, August 21, 2009

Dilemma Topik Final Projek!

ADOI, dah masuk semester lima (5) ingatkan bolehlah merehatkan diri dengan tumpukan pada pembelajaran dalam kelas, tapi macam diorang cakap, semester lima ni barulah nak rasa beban jadi pelajar. Oh, yeke? YEZZA. Memang baru rasa macam seorang pelajar, seorang pelajar yang kena berkorban, penggunakan akal fikiran untuk belajar.

Kalau tak ada pengorbanan, tak jadilah sesuatu benda dan tak tercapailah matlamat seseorang. Macam sekarang, aku dah kena handle kumpulan projek aku. Kawan - kawan dah bagi amanah kat aku untuk mengetuai mereka, lepastu aku kenalah bertanggungjawab. Kerja dalam kumpulan ni senang. Dalam masa yang sama, kerja kumpulan juga susah. Tapi yang pastinya, kenalah bagi komitmen 100%. Itu yang penting.

Sekarang, penyelia projek sudahpun dapat dicari, alhamdulillah, dan yang peningnya sekarang nak cari topik dan juga projek apa yang hendak dibuat pada semester hadapan (semester enam) dan proposalnya pada semester ini. Tarikh tutup untuk tajuk projek ialah pada minggu depan. Kena la perah otak memikir, kena rajin menyelidik dan juga kena aktif bertanya.

By the way, tadi aku baru saja belajar menggunakan sebuah perisian yang super hebat dan sejuk daripada Autodesk iaitu Inventor. Untuk kerja - kerja kejuruteraan, perisian ni aku rasa perisian yang paling mantap pernah aku gunakan. Sebelum ni aku belajar Auto Cad yang maha melecehkan. Aku tak minat dengan Auto Cad sebab terlalu banyak coding, tapi apabila menggunakan Inventor, aku jadi bertambah minat untuk explore.

Alhamdulillah, aku beruntung belajar dalam bidang Mekanikal Pembuatan sebab hanya pelajar Mekanikal Pembuatan sahaja yang diajar menggunakan perisian ini dan aku rasa sangat - sangat bertuah untuk mempelajari perisian ini. Kalau nak download, ada link kat sini. Memang best belajar dalam lab CadCam yang sejuk itu. Hahaha.


Satu lagi, hari rasa lega sangat - sangat sebab aku dah lepas interview latihan industri. Memang lega habis. Report aku tak lah di-reject oleh pensyarah, cuma ada satu muka surat yang aku letakkan gambarnya terlalu besar. Nanti bila nak binding, pasti akan tak nampak gambar tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Wednesday, August 19, 2009

Patah tumbuh hilang berganti

Betul la kan, orang cakap kalau benda yang pergi tu biarkanlah ia pergi dan pasti ianya akan diganti. Macamtula yang Luth terima sekarang. Haritu, kami sedih dengan pemergian Chi Kelabu, anak pertama Chi Hitam Putih a.k.a Chi Tompok.

Terbaru, 12hb lepas Chi Tompok telah selamat melahirkan anaknya selepas mengandung dengan perut yang besar. Hoho, memang besar perut Chi masa sedang mengandung. Kesianla dia gendong perut yang besar tu. Nak lompat keatas almari dan meja pon tak lepas.

So, kucing neh telah melahirkan anaknya dibawah katil Luth pada pagi Rabu lepas. Selepas dia beranak tu, dah seminggula masuk harini Luth tidur bertemankan anak kucing tersebut. Takmau panjang cerita, tengok pic kt bawah tu.

Lepas tiga hari dia beranak, Chi dah mula angkut anak dia kesana dan kemari selepas Luth ushar dia menyusu anak dia. Mungkin, dia nak privacy kot. Dia angkut anak dia sekor - sekor ke bilik mak Luth. Dia percaya bilik mak lebih selamat dari bilik Luth. Adoyai. Kemudian, lepas dia dah pindahkan anak dia tu, dia mai balik kt bilik Luth, cari semula anak dia.
Adoi, dasar kucing pelupa!

P/s: Mata ketumbit sebab mengintai kucing menyusu. 
 

Monday, August 17, 2009

SERIUS, susah gila nak cari awek yang SOLO

Ini kenyataan benar dan fakta! Setelah beberapa lama aku berkeadaan begini, aku cuba untuk mencari layang - layang kepunyaan aku yang terputus talinya. Semua orang cakap kat aku, "Ala, patah tumbuh hilang berganti" tapi ingat senang ke nak tunggu benda yang patah tu tumbuh balik? Makan masa wooo.. So, aku cuba untuk "menumbuhkan" benda yang patah tu.

Pada masa ni, aku tak pikir pon nak mencari "hubungan intim" dan "hubungan serius" macam yang dulu - dulu. Aku hanya nakkan somebody yang sama macam aku. Tak terikat dengan mana - mana pihak yang ketiga. Kalau family tu tak termasuk la

Jujurnya, kebanyakkan kawan perempuan yang aku ada semuanya tak solo. Semuanya MOLO. Single but NOT AVAIABLE. Hahaha. Mana la pegi awek - awek yang solo dimuka bumi Malaysia ni? Kemanakah korang pergi? Hahaha!

Topik ni aku ada sembang dengan seorang teman blogger yang aku jumpa, JulietAnna Sabtu lepas. Dia pun telah mengakui kebenaran kenyataan ini. Tula, aku pon bertanya pada dia "Anna, kawan - kawan u pun semua dah berpunya eh? Classmate, roomate, UITM-mate pun takde ke yang solo untuk saya?" dalam nada gurauan. Haha. Jawapannya TIDAK ADA.

Aku pelik. Tapi, ada la juga dikalangan perempuan - perempuan yang MOLO tersebut mengaku SOLO. Dan ada dikalangan mereka yang terus sebut dirinya SOLO apabila lelaki kacak, berkereta besar, bergaya dan juga menarik bertanya tentang status mereka. Oh S**it! Apa jenis perempuan macam ni.

P/S: Lebih sedap teman tapi mesra!

Politik Radio

Semalam (16/8/2009) pasti salah seorang daripada anda telah mendengar siaran radio Desa FM pada jam 1030 malam sehingga 12 tengah malam. Ini ialah posting untuk penjelasan kejadian semalam.

Umumnya kita tahu salah seorang Deejay di Desa FM telah mengumumkan pengunduran dirinya dari radio internet tersebut dan dia telahpun memberitahu sebab dan musabab kenapa dia berbuat demikian. Beliau telah menudingkan dan juga secara tidak langsung melabelkan pihak lain hendak menjatuhkan karier beliau di stesen radio tersebut.

Tugas sebagai penghibur
Untuk pengetahuan anda, saya dan kami barisan deejay

Sunday, August 16, 2009

Jom 'hangatkan' Twitter Merdeka 2009!

Anda ada akaun Twitter? Anda pengguna aktif Twitter? Ataupun tak tahu apa dia tu Twitter? Hah, kalau anda pengguna tegar dan aktif di Twitter, jom kita hangatkan malam 30hb nanti dengan membuat "countdown" pada malam tersebut dan menantikan detik 12tgh malam untuk meraikan tarikh keramat 31 Ogos 2009.

Kalau dah malas nak keluar tu, baik kita raikan kemerdekaan negara kita yang ke 52 di Twitter dan kita tunjukkan pada dunia bahawasanya kita telah menyambut kemerdekaan negara kita. Berminat? Jom kita lihat bagaimanakah nak sertainya :

  1. Pertama sekali, kalau korang tak ada akaun Twitter, anda boleh daftar disini.
  2. Jangan lupa follow Luth di Twitter ok | www.twitter.com/luthtextile
  3. Hebahkan tentang Twitter Merdeka 2009 ini kepada rakan - rakan anda dengan membuat sebuah posting di  blog anda ataupun twit di twitter anda.
  4. Hanya letakkan perkataan "#merdeka" untuk twitt di Twitter anda nanti ok?
  5. Kalau baik hati, anda letakkanlah banner menyokong Twitter Merdeka 09 di sidebar atau diblog anda. Banner boleh diperoleh disini.
Ok, Twitter Merdeka 2009 adalah salah satu projek kelolaan brader Mohd Ismail kita. Nak maklumat lanjut, anda boleh ke blog Mohd Ismail dan juga kalau berminat nak letakkan banner Twitter Merdeka 2009, anda boleh ke blog Azman Ishak kerana disitu terdapat banyak banner yang direka khas oleh bro Azman kita. So, tunggu apa lagi? Tunjukkan semangat patriotisme anda melalui Twitter!


1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


P/s: Blog ni pon dah jadi blog 1 Malaysia semperna merdeka. Hehehe

Saturday, August 15, 2009

Boleh percaya ke pada cinta siber?

Dari skrin turun ke hati. Itulah detik pertemuan yang menemukan seseorang A kepada B. Erm, apa pendapat korang pasal kes ni ha? Actually, aku pon pernah terjebak dengan cinta siber ni. Pada permulaannya dulu, aku terjebak dengan semua - semua ni dengan gian berchatting.

Dulu - dulu aku tak aktif lagi sosial networking seperti Friendster, Facebook, Myspace dll dan aku hanya suka berchatting. Dah lama dah aku tinggalkan dunia chatting, lebih kurang 2 tahun yang lepas sebab aku rasa chatting ni lebih membuang masa dan sia - sia. Dari gila berchatting, aku kenal ramai "kawan" dari alam maya tersebut.

Pada permulaannya, hanya gatal - gatal tangan untuk menambah rakan didalam senarai daftar, aku mula kerap berchatting dengan si dia. Daripada malu untuk berbicara, kami selalu bercerita tentang peribadi, sekolah, perasaan dan lain - lain lagi. Dulu, aku tak kerap pegi cyber cafe dan sejak dari aku kenal si dia tu, kekerapan aku ke cyber cafe meningkat. Boleh dikatakan, tiap - tiap hari aku akan pegi ke situ dan menunggu si dia.

Boleh dikatakan, kami akan membuat temujanji pada setiap selang sehari. Aku amat suka akan gaya dia mengambil berat tentang diri aku walaupun kami hanya kenalan di internet dan juga tak pernah nak jumpa. Dalam beberapa bulan kami kenal melalui internet, kami mengistiharkan kami telah "bersama". Aku suka dia, dan dia suka aku. Perhubungan kami yang "istimewa" itu bertahan lebih kurang enam bulan.

Lepas kami declare, aku suka ke cyber cafe dan kekerapan tu bertambah. Kalau aku tak dapat ke cyber cafe, aku akan telefon dia (masa tu takdak henset, so telefon rumahlah jadi sasaran). Aku pemalu. Aku malu nak panggil gelaran yang macam korang dok panggil sekarang. Kemudian aku sendiri meminta putus sebab terlalu bosan. Itulah salah satu daripada cerita "kayangan" aku dan si dia. Itu cerita aku, bagaimana cerita korang?

Apa yang aku dapat simpulkan adalah:
  • Percintaan diinternet tak boleh dipercayaai 100%
I leb u, U leb me, tapi habok pon tak ada. Konon setia, cinta sampai mati gila - gila, tapi dimanakah kesetiaan dan kasih sayang tu dibuktikan? Telefon sampai subuh? Online sampai lebam? Takde pape pon. It's nothing. Ada daripada mereka, hanya menjadikan si dia tu sebagai pakwe/makwe no. 2 ataupun awek/balak online jer.

  • Hipokrit/Penipu
"Pinggang i 32 setengah, i kulit kuning langsat" berikut keterangan si dia, tapi bila dah jumpa, masyaAllah, aku takut nak tengok. Tak sekuning buah langsat pon. Yang si laki pulak 'gebang' pulak "Esok i tunggu u tepi pokok rambutan, rambut i kerinting, badan i 'tough' dan tinggi" tapi tengok kecik kemetot. Adoyai.

  • Pembaziran masa
Mana tak bazir masa, asyik - asyik tengok laptop, mengadap Pc dok cari awek/balak baru. Kalau dapat yang elok, alim dan warak takpe, tapi yang dapatnya kaki pompuan, laki gila seks dan banyak lagi.

  • Takut hadapi realiti
Bab ni ada la juga sangkut paut. Yela, selalu ajak jumpa, takmboh. Nak jumpa je taknak. Alasannya tak bersedia. Tah makan tahun la bercinta dalam internet, sampai dah muak, nanti terus putus macam tu je. Hohoho.

Apa - apa pun, pendapat yang aku tulis tu tak lah 100% betul dan aku letakkan apa yang betul bagi aku. Aku dah rasa meluat kalau orang jadikan internet sebagai medan cari jodoh. Tak semua orang baik ada kat internet ni.

Satu lagi, selain chatting, cinta cyber boleh berlaku bermula daripada tambah kawan - kawan di laman web sosial network. Aku dah alami semua ni. Cuma satu je tak lagi, bercinta dengan bloggers aku belum cuba lagi. Hehehe

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 : Gunalah 'mask' untuk elak jangkitan

Statistik menunjukkan sudah 41 orang telah mati ekoran wabak selsema babi, Influenze A H1N1 yang kini menghantui semua penduduk Malaysia.

Banyak institusi pendidikan, sama ada diperingkat rendah, menengah dan juga tinggi ditutup disebabkan wabak maut ini. Politeknik Seberang Perai (PSP) juga telah ditutup seminggu pada 28hb Julai yang lepas kerana ada dikalangan pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Kini, sebagai langkah mengatasi penyebaran wabak tersebut dan juga langkah menghindari diri daripada terkena penyakit berjangkit tersebut, pihak pengurusan dan pentadbiran politeknik kami telah mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) kepada semua, termasuk pelajar, pensyarah, staff, makcik cleaner dan lain - lain lagi.

Semalam, sebuah seminar telah diadakan di dewan besar diadakan untuk memberitahu semua pelajar dan juga pensyarah serta warga PSP tentang wajibnya pemakaian 'mask' ketika memasuki perkarangan PSP. Untuk pelajar pula, hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang gagal memakai 'mask' dan dilarang sama sekali memasuki PSP. Ketika berada didalam kuliah, pelajar dan juga pensyarah perlu memakai 'mask' untuk menghindari wabak berjangkit tersebut.

Hari ini hari pertama pemakaian 'mask' pada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, DTP semester 5. Kesemuanya agak kekok dan juga 'lemas' kerana memakai penutup mulut dan hidung tersebut. Bagi Luth, pemakaian 'mask' tersebut memang wajar dipakai kerana ia akan menghindarkan pelajar daripada risiko penyakit berjangkit itu.

Prevent is better then cure! So, pakailah mask anda. Jangan malu dengan orang ramai. Ingatlah orang yang tersayang!


Pesanan masyarakat : Jika boleh, penggunaan mask ini tidak lah terhad ketika berada di politeknik sahaja, tapi penggunaannya kalau boleh di pakai semasa keluar di tempat yang mempunyai ramai orang, di pasaraya, di pasar malam, dan dimana - mana sahaja.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran!

Wah wah, rasa macam tahun nih ada dua orang yang aku kenal menyambut hari lahir pada tarikh yang sama. Haha, rasanya macam kebetulan. Tapi okla kan, tanggal 12hb telah memberikan aku satu tarikh baru, tarikh baru yang aku akan tambah dalam diari hidup aku.

1st skali, aku nak ucapkan selamat ulang tahun ke 22 buat Cik Munirah Hashim. Ehem, baru 22. Muda lagi. Haha, tak perlu nak takut tua. Ok what angka 22. Nampak cantik je. Hehe. Terima kasih la sebab sudi teman diri ni. Maklumlah kan, situasi yang kita hadapi sama. Apa - apa pun, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Hidup kena enjoy.

Lagi satu, selamat ulang tahun ke tuttt buat Mama Rozi. Aritu jumpa kat KL, Mama memang spoting, ceria dan santai gitu. I like. Ok Mama, nanti kalau turun Penang, make sure Mama roger saya ok? Saya doakan Mama cepat dapat jodoh dan dimurahkan rezeki.

Monday, August 10, 2009

Dj duet secara langsung!

Pada posting yang lepas, Luth ada bercerita berkaitan Mini Un - official Gathering Desa FM yang dianjurkan bersama Mama Rozi, Co Author Penulisan2u, Luth telah bermalam di kediaman Dj Aus yang terletak di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

Memang dah lama Luth nak mendeejay bersama Aus, dan alhamdulillah harapan dan angan - angan Luth tercapai akhirnya. Walaupun hanya kenal di internet, kami rasa macam sudah dua tiga tahun berkenalan. Haha, itulah kekuatan internet neh.

Kami berdua sempat keudara bersama di Desa FM menggunakan konti Aus di Wangsa Maju. Memang best. Memang seronok dapat keudara bersama - sama. Walaupun kami berdua hanya deejay di stesen radio internet, tapi kepuasan yang dikecapi tu amat - amat puas.

Nak tengok sedutan live Deejay Desa FM? Jom tengok video dibawah:



Ada lagi sebenarnya cerita yang banyak nak dikongsi, tapi mood untuk berblogging tak mai lagi. Badan masih letih, tak bermaya nak blog walking. Huhuhu.

Sunday, August 09, 2009

Selamat akhirnya! Desa FM Un - Official Mini Gath 2009

Ok, alhamdulillah. Akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Luth selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 11-15pm di Puduraya dan disambut oleh rakan blogger dan juga Dj Desa FM. Walaupun agak tersasar seperti dalam perancangan awal, tapi perjalanan pertemuan tetap berlangsung.
Sungai Petani, 8hb Ogos 2009 : Jam 1.30pm

Pengantin berbaju 'Pink' bersama Sic Crew

Majlis perkahwinan Acai @ Azfar dengan pasangannya berlangsung dengan amat lancar sekali. Luth yang mempunyai salah faham semasa perjalanan konvoi, ingatkan majlis berlangsung di pihak lelaki di Seberang Jaya, tapi rupa - rupanya majlis berlangsung di Taman Ria, Sungai Petani.

Konvoi dari Seberang Perai ke Sungai Petani hanya disertai oleh tiga belas buah kereta bertambah ke lima belas setelah sampai di Tol Sungai Petani Utara. Majlis Acai memang meriah. Siap boleh karaoke lagi untuk pengantin. Haha. Yang pentingnya, kami dah selamat sampai dan pergi majlis di pihak perempuan, cuma Luth tak dapat nak sertai majlis pihak lelaki pada hari ini. Diucapkan, semoga panjang umur dan berkekalan perkahwinan korang. Selamat tamat zaman bujang. Hahaha.


Puduraya, 8hb Ogos 2009 : Jam 11-15pm


Memang rushing! Lepas abes konvoi dari Sungai Petani, Luth terus ke Penang Sentral untuk amek tiket bas ke KL. Aiseh, ingatkan tiket 5.45pm tu sempat la Luth nak balik - balik untuk bersiap, rupanya tak. Ada sedikit kelewatan 10 minit. Tapi, tetap sempat catch - up bas tu. Huhu..

Munirah, Dj Eva, Mama Rozi, Musang
Dj Aus, Dj Double D, Luth dan Mie (Tupai Terbang)

Luth menjejakkan kaki ke KL setelah dua tahun tak datang sini. Dah dua tahun tak naik bas, tahun ni Luth naik bas. Hahaha, lain kali Luth akan turun ronda - ronda KL pulak. Terima kasih pada kawan yang menjemput tu, korang memang best. Terharu Luth.


Lepas sampai je di Pudu, kami terus ke Pavilion untuk berjumpa dengan Mama Rozi (co-author penulisan 2u) dan juga lima pendengar Desa FM lain serta Dj Aus di Red Box. Tiga jam juga berada disana. Habis dj - dj nih melalak. Kemudian, selepas abes je minum, kami terus beredar.


Thankx to Dj Aus sebab tumpangkan Luth untuk gath kali ni. Budi baik anda amat Luth hargai dan tak dapat dibalas. Ok, update seterusnya selepas ini. :D

Friday, August 07, 2009

Jumpa disana!

Aduhai, sudah lebih kurang lima hari Luth melangkah masuk kembali semula ke Politeknik Seberang Perai setelah hampir 6 bulan tidak masuk ke kelas. Alhamdulillah, pendaftaran sebagai pelajar semester 5 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berjalan lancar dan juga penyerahan laporan akhir latihan industri pun berjalan dengan baik sekali.

Biasala adat belajar di politeknik, pada minggu pertama selepas pendaftaran, sebarang kelas pengajaran dan pembelajaran tidak akan bermula lagi. Lepastu, kami ni pegi kelas untuk dengar 'briefing' daripada pensyarah dan juga menghabiskan masa bersama rakan - rakan je. Maklumlah, enam bulan tak jumpa. Banyak cerita itu ini.

Ok, Esok, Luth akan sertai konvoi untuk meraikan kenduri perkahwinan president kelab Saga Iswara (SIC) Malaysia yang berlangsung di Seberang Jaya Pulau Pinang. Sebagai ahli SIC Penang, Luth kena la juga sertai konvoi tersebut. Dalam anggaran, sebanyak 50 buah ahli / kereta saga iswara akan menyertai konvoi hari esok. Tak tahu pula 50 buah tu daripada mana pun tak tahu.

Esok juga, Luth akan sertai perjumpaan deejay Desa FM yang mana bertempat di Kuala Lumpur dan perjumpaan tersebut diadakan pada waktu malam. Luth sendiri akan sampai kesana pada waktu malam juga.

Ok, sampai disini saja untuk posting ini, kalau mana - mana bloggers yang lapang untuk minum2 santai bersama Luth pada hari Ahad nanti, jangan malu - malu sms, call or misscall Luth. Contact number ada disini.

Wednesday, August 05, 2009

Demam Windows 7


Dah lebih kurang dua hari aku dilanda oleh demam Windows 7 neh. Ehem, aku sebenarnya lama dah tahu kewujudan "awek mantap" windows yang terbaru nih, tapi empat lima hari yang lepas, baru terbuka hati aku nak berubah daripada Windows Xp aku kepada Windows 7 yang cun tu. Bermula daripada kekecohan yang berlaku di Twitter, aku cuba dekati dan belajar macam mana nak menukar Windows aku kepada Windows 7.

Oleh kerana terlalu 'teruja' dan semangat, aku dah berjaya mendownload 25 link mediafire Win 7 yang bersize 3.2GB lalu aku format laptop kesayanganku itu. Percubaan pertama aku memang berjaya, tetapi ada sedikit kehampaan berlaku setelah driver pada Windows 7 aku tak menyokong laptop tersebut. Aku bersihkan hard disk aku dan cuba sekali lagi, ternyata aku tak berpeluang untuk menggunakan Windows hebat ini.

Walaubagaimanapun, aku tetap puas kerana dapat menggunakan Windows 7 pada laptop milik kawanku yang aku terima untuk dibaiki. Oleh kerana pengalaman yang aku dapat semasa memasang Windows 7 di laptop aku, aku berjaya memasang Windows baru tersebut pada laptop milik kawan aku dan pada sebuah laptop baru, milik rakan aku juga yang baru sahaja dibeli pada malam semalam. Kini, aku telah berjaya memasang Windows tersebut pada dua laptop dan seterusnya dapat meng-aktifkan windows tersebut.

Komen aku tentang Windows 7 RTM 7600:

Windows yang lancar, laju dan juga menarik paparan muka hadapan yang lebih cantik daripada Windows Vista. Lazimnya, kita tahu Windows Vista mempunyai masalah untuk loading dengan cepat, tapi pada Windows 7, kelajuannya amat memuaskan.

Bagi pengguna Windows 7, ternyata anda pengguna yang memang selalu up-to-date. Yelakan, semua perisian dalam Windows 7 amat sempurna dengan perisian baru seperti Adobe Photoshop CS4, Internet Explorer 8 dan lain - lain lagi. Memang nampak seperti anda amat maju kehadapan dan 'hebat'.

Sungguh mudah! Tidak perlu pening kepala untuk mencari driver pada komponen dalaman laptop tersebut. Aku boleh goyang kaki sambil melayari internet ketika memasang Windows ini. Ini baru kecanggihan teknologi. Teknologi yang tak menyusahkan manusia.

Walaupun aku agak sedikit cemburu kerana tidak dapat menggunakan Windows 7 ini, aku tetap berbangga kerana dapat ilmu baru. Malam semalam, dua laptop, iaitu sebuah laptop milik aku dan milk kakak aku telah menjadi mangsa ujian untuk Windows 7. Setelah kedua - duanya gagal, aku dengan pantas kembali memasang Windows Xp semula pada laptop tersebut. Frust menonggeng weh!
Paparan win 7 milik Ziela yang aku pasang

Jumlah laptop yang aku telah pasang Windows 7 ialah empat buah, tetapi yang kekal adalah dua buah sahaja. Lagi dua tu, takpela. Tak ada rezeki lagi nak guna Windows baru. Nanti kalau aku beli laptop baru, akan aku pasang "awek mantap" ini.

P/S: Thanks rakan - rakan Twitter semua kerana sudi tolong aku. Kalau korang pening macam mana nak aktifkan Win7 anda tu, anda boleh rujuk di sini dan juga disini ya.

P/SS: Kalau aku tunggu nak pinjam CD orang tu, nampaknya janggut aku panjang sampai kelututlah baru nak rasa Windows 7 ni.

Tuesday, August 04, 2009

Abadi Selamanya..

Tengah hari tadi, lepas je balik daripada pendaftaran modul di politeknik, aku diberitahu oleh mak yang mana anak kucing kami, kucing chi kelabu dah jumpa. Sudah dua hari chi kelabu hilang dan tak dapat dikenalpasti kedudukannya. Ayah, selaku baby sitter chi kelabu pon risau. Dua hari lepas, hujan lebat sangat. Aku ada parking kereta kat belakang rumah. Lepastu masa aku nak keluar dan hidupkan enjin kereta, kucing - kucing yang berteduh bawah kereta aku tu semua lari bertempiaran.

Kemudian, chi kelabu pun turut lari ke tempat berteduh yang lain. Dua hari lepas juga, chi kelabu ada masuk kedalam rumah dan berak cirit birit. Hmm, mak punyalah marah kat kucing tu dan terus letak keluar semula. Chi kelabu memang kami tak bagi tinggal dalam rumah sebab dia selalu berak cirit. Mak dia je, chi hitam putih tinggal dalam rumah. Yang anaknya tinggal diluar. Chi kelabu sebenarnya sakit. Dah dua hari dia tak makan. Mak bagi makan ikan segar dia tak makan. Ayah suap dia frieskis pon dia tak jamah. Ntah, memang ajal dia kot.


Tadi, aku pegi ambil bangkai chi kelabu yang dah kembung. Busuk. Perut dia dah buncit. Berat dari biasa. Selalunya kucing chi kelabu tu kecik dan ringan ja. Tapi bila mati jadi macam tu. Aku kesian sangat - sangat tengok bangkai dia. Teringat dia selalu gesel - gesel kat kaki aku, gigit jari dan macam - macam lagi.

Insan yang paling sedih, ayah sebab masa chi kelabu kecil dulu, ayahlah orang yang bertanggungjawab suap susu pada anak kucing tu. Selain tu, sebab kucing chi kelabulah, ayah sanggup pegi beli sangkar kucing untuk pastikan chi tak lari - lari dan tak berak merata. Mak pon nampak tabah je. Masa bela chi kelabu, berak chi semua mak basuh. Mak sayang kucing chi kelabu, sebabtu mak tak kesah.

Aku? Aku sedih sebab tak dapat nak main dengan anak kucing neh. Aku suka main dengan dia sebab dia lincah dan cergas. Pantang ada benda bergerak - gerak sikit, mesti dia nak terkam tangkap. Aku ada rakam aksi dia. Nanti aku upload kat sini. Yang dah pergi biarlah dia pergi. Best dia jadi haiwan, tak ada hisab semasa mati.Tak macam manusia, masa matilah nanti kena seksa.

Tribute to Chi Kelabu : Hari pertama dalam sangkar

Aksi Lincah Si Kecik Chi Kelabu


Chi kelabu, terima kasih kerana menjadi penghibur dalam rumah kami. Semoga kau tenang dan bahagia disana.

Monday, August 03, 2009

Tahniah! Selamat kembali dan Selamat Bulan Ogos!

Pertama - tama sekali, aku nak ucapkan tahniah, syabbas bethi, dan juga congarulation kepada diri aku sendiri kerana berjaya mengharungi latihan industri yang mana berlangsung selama enam bulan, bermula daripada 12 Januari sehingga 12 Jun 2009. Erm, tahniah juga la kepada rakan - rakan bloggers yang lain dan juga bloggers daripada Politeknik Seberang Perai juga iaitu Encik Khairil dan Cik Mira kerana berjaya juga habiskan modul yang wajib ni ha.

 Ok, selain itu tahniah juga kepada diri aku kerana sempat buat laporan praktikal dalam saat - saat akhir bermula dar 27hb Julai hari tu yang mana mengambil masa selama seminggu. Mungkin, kali ni aku selamat dan tuhan sayangkan aku, Dia bagi peluang kepada aku suruh buat yang terbaik untuk laporan akhir aku tu sebab Politeknik Seberang Perai diumum tutup sebab wabak H1N1. Alhamdulillah. Aku syukur sangat - sangat. Terima kasih kepada semua yang mana tolong aku buat report ni. Yang pentingnya, report aku neh 100% usha air tangan aku sendiri, tak tiru dari orang lain, tak ciplak sapa - sapa punya pon, 100% aku perah daripada kepala otak aku sendiri.




Terkenang kembali cerita aku masa praktikal dulu, kalau korang nak tahu, klik la sini. Aku pon tak sangka, enam bulan bukan tempoh masa yang lama pada akhir zaman macam ni. Janggut daripada pendek pon dah jadi panjang, rambut daripada smart stylo dan jadi sarang tebuan. Hakhakahak. Tapi takpa, aku nak buat kenang - kenangan dalam entry ini :

OK, ini merupakan surat pertama aku dapat sebelum praktikal. Surat pengesahan tempat.


Ini pula surat pengesahan akhir aku praktikal. Alhamdulillah.


Yang paling best, pengesahan ini. Memang gempak. Puas hati


 Ok, tu saja yang aku nak tayang. Ini merupakan fast update untuk hari ini. Gambar pon tak edit bagi jelas. Korang nak tengok, pandai - pandaila perbesaukan ok. Oh ya, kenapa aku letak gambar makanan kat atas tu? Ha, orang berbudi kita berbahasa. Aku tolong member siapkan laporan akhir diorang, diorang belanja aku makan Cheese Nan, Alhamdulillah.

 Oh ya, nasib baik tak lupa. Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke 20 buat teman baik aku, Annorassikin bt Mokhtar yang mana baru je berganjak dari umur belasan ke umur puluhan tahun. Harap kekal bahagia, semoga berjaya dan ingatlah orang yang tersayang. Nak tahu pasal dia? Klik sini ok.

Apa yang aku harap, bulan ini lebih baik daripada bulan lepas dan apa yang aku nak, aku nak concern 100% pada study lepas ni. Aku masih lagi nak mendeejaykan diri, it's passion. Hakhakahkak.

Ok, dengan ini rasminya aku akan menjadi pelajar semula pada hari ini, 3hb Ogos 2009 setelah enam bulan menjadi pelajar pelatih. Selamat kembali ke kelas kawan - kawan!


P/s : tengah blurr dengan windows 7.. Thankx fren tolong aku.

Saturday, August 01, 2009

Ushar Wayang : Setem



Semalam, Jumaat Luth dan kawan - kawan bloggers Penang seperti Encik Hadi dan Cik Munirah keluar menyaksikan filem baru iaitu Setem. Terima kasih la kepada Encik Hadi sebab sudi belanja tengok cerita yang hebat ni dan terima kasih juga kepada Cik Munirah sebab belanja makan. Haha. Malu chek..

Ok, Filem setem merupakan filem wajib tonton pada tahun 2009 nih sebab filem neh memang gempak gila.  Kalau siapa yang tak tengok lagi tu, pakat - pakat pegi serbu wayang yang berdekatan. Taubat tak rugi kalau tengok cerita ni.

Cerita ini mengisahkan sebuah setem zaman British yang berharga USD 4 Juta yang ingin dipamerkan di Muzium Melaka. Pada masa yang sama, Joe dan Sidek serta Vellu dan Mani juga mahu mendapatkan setem itu dengan cara melakukan rompakkan pada sebah van keselamatan. Dalam cerita ini, menyentuh masalah keluarga dan juga masyarakat.

Boleh dikatakan filem ini filem produk 1 Malaysia kerana semua babak dalam filem ini menyentuh kebudayaan dan bahasa yang berbilang bangsa di Malaysia.

Antara sebab - sebab anda perlu tengok cerita ini ialah:

  • Jalan cerita yang gempak. Walaupun ada la sedikit mengarut, tapi memang terhibur.
  • Aksi yang penuh mendebarkan.
  • Lawak gila yang boleh pecah perut.
  • Pengajaran yang melampau - lampau.
  • Support filem Melayu
Ah, kalau tak mau baca review neh, jom kita tengor trailer yang gempak kat bawah:

Suka makan ikan? hahahaa

Thursday, July 30, 2009

The Taking of Pelham 1 2 3


Ok, kali ni cerita aksi daripada negara orang putih iaitu filem yang agak lama, baru Luth nak saksikan. Terima kasihlah kepada cik ehem ehem kerana belanja Luth tengok citer neh. Memang gempak. Betul cakap brader Sepang. Memang puas.

Pelham 123 tu merupakan nama panggilan untuk sebuah kereta api bawah tanah. Asalnya cerita berkaitan En. Darber (Denzel Washington) yang mana jadi pengemudi kereta api bawah tanah iaitu Cab di New York. Kemudian, cab tersebut telah dirampas oleh Ryder (John Travolta) seorang samseng yang mana menjadikan penumpang cab tersebut sebagai tawanan. Wang tebusan dipinta dan pihak syarikat cab diberi masa 1 jam sahaja untuk menunaikan wang tebusan sebanyak 10 juta dollar. Apa yang menariknya, En. Darber ditugaskan memberikan wang tebusan kepada perampas cab tersebut. Ehem, nak taw cerita panjang, hampa pegi la tengok wayang yang berdekatan. Ataupun tengok aksi pada trailer dibawah nih :


Apa yang puas hati:

  • Jalan cerita yang baik (mula - mula je ngantok sikit)
  • Aksi dan teknik kamera yang memberangsangkan.. wakaka (skema ayat)
  • I like Denzel Washington punya suara. Seksi siot. 
  • Kecekapan polis semasa menghantar wang tebusan (tapi bodo la jugak, kenapa la depa tak hantar guna helikopter)
  • Banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni (Jangan bohong walaupun ia pahit untuk dijelaskan)
  • Kasih sayang suami pada isteri dan anak - anak.
  • Keberanian penting dalam membuat sesuatu perkara.
Ok, tu je Luth mampu nak share pada posting kali ni. Haritu masa tengok Harry Potter : Half Blood Prince tak buat pon review. Tak syok, sebabtu tak buat review. Korang yang mana tak tengok lagi citer neh, pegi la serbu panggung yang terdekat. 

Wednesday, July 29, 2009

Kereta Idaman aku


Aku ada kawan baik kat sekolah. Nama dia Mahmood. Orang panggil dia Robin Hood. Dia memang periang. Periang macam dalam iklan kanak - kanak rebina. Bukannya setakat periang, Mahmood nakal gak. Dia selalu cerita kat aku nak jadi hero macam dalam citer Robin Hood, sebab tu dia suruh orang panggil dia Robin Hood.Dia cakap, kalau orang jahat pon boleh buat baik macam Robin Hood. Yelakan, 2 in 1 katanya.

Aku penah kata kat dia, kenapala ambil nama Robin Hood. Pakai la nama lain. Yusuf Haslam ke, Malek Noor ke apa ke. Tapi dia taknak jugak sebab nama Robin Hood tu dah sebati dengan dia sejak tadika lagi. Oh, lantak kat kau la Robin.

Aku dan Robin Hood ada satu angan - angan dan impian yang sama. Bila balik sekolah je, aku dengan dia selalu tengok sebuah kereta bapak seorang budak tu. Mitsubishi Lancer Evolution X tu. Aku memang suka kereta Mitsubishi sebab enjin dia power. Pakcik sebelah rumah aku ada jugak pakai kereta Mitsubishi, tapi model lama la, Mitsubishi Galent tahun 80an punya. Hikhikhik.

Lepas sekolah, aku dengan Robin akan belari keluar depan sekolah sebab nak tengok kereta idaman aku dan Robin. Aku memang suka warna merah. Tobat cun siot. Tak rugi kalau aku beli. Aku sebenarnya dah lama gila idam nak naik kereta tu. Macam mana ek? Aku dan  Robin berpakat dan cari idea macam mana nak naik kereta tu.

Mula - mula, aku pegi tanya anak si pakcik kereta Lancer tu. "Wei, aku nak tumpang kete ko boleh tak balik japg? Aku teringin la nak naik" kata aku kepada Ihsan, anak kepada pemilik kereta Lancer tu. "Eh, korang ni takde malu ke ha? Bapak aku beli penat - penat, korang nak naik free. Suruhla bapak korang belikan" balas sombong si Ihsan.

Sejak hari tu, aku dengan  Robin dah tak mahu nak tunggu si Ihsan balik sekolah macam biasa, semata - mata nak tengok kereta idaman aku tu. Benci aku dengan orang kaya yang sombong macam dia. Tapi, bapak dia aku tengok macam baik je.Aku tahu aku ni sapa je. Mak ayah aku tak dapat beli kereta cantik dan mahal macam tu.

Pada satu hari, aku dengan  Robin kena denda berdiri dalam kelas. Erm, kami pegi kacau ikan dalam kolam dekat sekolah. Aku memang geram ikan kap jepun dalam kolam tu, sebabtu la aku tangkap dan nak ambil bela dekat rumah. Aku dah letak air dalam beg plastik tu, macam mana boleh mati. Dah tu, kantoi dengan cikgu pulak dalam kelas.  Robin yang jadi partner pon kena sekali atas tuduhan bersekongkol.

Kami keluar sekolah jam 130 petang dan bas kami dah lepas. So, mau tak mahu kami berdua kenala balik jalan kaki. Rumah aku selang dua tiga lorong daripada rumah  Robin dan kami berdua jalan kaki balik kerumah. Aku takut nak telefon ayah aku. Nanti, mesti ayah aku tanya dan marah aku sebab curi ikan dalam kolam sekolah. Ayah  Robin balik kerja malam nanti. Terpaksa la kami balik jalan kaki.

Rumah kami dengan sekolah dalam 8km dari sekolah. Letihla jugak nak jalan kaki. Lepas je 10 minit berjalan, kami berhenti rehat. Maklumlahkan, budak kecik berjalan kaki bukannya boleh cepat macam orang tua berjalan. Hehehe.. Kemudian, tiba - tiba ada sebuah kereta hon kami dari belakang. Pin pin. Aku ingatkan aku jalan dekat tengah jalan, rupanya ada sebuah kereta merah, kereta Mitsubishi idaman aku tu berhenti belakang kami.

"Eh kamu, nak pagi mana ni. Kenapa main tepi jalan ni?" pesan seorang pakcik yang aku amat kenali. "Pakcik, kami tertinggal bas. Sebabtu la kami balik jalan kaki" jelas aku pada pakcik tu. "Pakcik bapak Ihsan kan??" tanya  Robin pada pakcik tersebut. "Ya, pakcik ayah Ihsan, marilah naik pakcik tolong hantarkan kamu balik" pelawa pakcik tu.

Aku dan  Robin berebut nak duduk dibahagian depan kereta tu. Akhirnya,  Robin mengalah sebab dia kata kesian kat aku sebab aku teringin sangat nak naik kereta tu. Sebenarnya, Ihsan demam dan tak pergi sekolah. Selalunya ayah dia akan balik melalui jalan yang sama kerumah dan pasti akan lalu depan sekolah. Sebabtu dia jumpa kami. Aku seronok sangat naik kereta idaman aku.

Nanti, masa aku besar nanti, kerja engineer aku nak beli kereta Mitsubishi Lancer macam ni jugak. Nak beli warna merah. Aku suka warna merah. Cun woo.. Dan satu lagi, kalau aku dah kaya, aku dah senang aku takmau sombong dengan orang lain. Tuhan marah, Tuhan tak suka orang sombong. Nanti tak pasal - pasal tuhan tarik balik nikmat yang diberikan pada aku. Tak ke naya tu?

Cerita diatas merupakan cerita rekaan semata - mata, tak ada kena mengena antara hidup dengan yang mati. Mungkin ada sedikit daripada cerita diatas aku curi daripada pengalaman hidup aku. Posting ini aku tujukan buat saudara Robin Hood yang mana membuat pertandingan  Kereta Idaman di blog beliau. Terima kasih kerana membaca.

Sukakan perubahan tak bermakna tidak berpendirian

Sebagai manusia normal, kita seringkali tak puas dengan apa yang kita capai dalam hidup. Apa yang kita ada hari ini belum cukup dan mesti mahu yang lebih baik dari apa yang kita perolehi.

Macamtulah aku. Aku memang dikenali kawan - kawan dengan sikap yang suka akan perubahan. Perangai ni bukannya baru dalam hidup aku. Bermula dari kecil, dari alam persekolahan, aku suka tukar paparan pada kotak pensel aku. Ala, kotak video tape yang besar tu. Aku jadikan ia kotak pensel aku dan aku sering ubah warna, hiasan dan macam - macam pada kotak pensel tu. Aku memang suka akan perubahan.

Selain itu, zaman kecil aku dihiasi dengan penuh perubahan dan kelainan. Aku suka mengecat warna basikal aku dan aksesori basikal. Boleh dikatakan setiap dua minggu, aku akan tukar warna basikal aku. Hitam, biru, hijau, kuning dan merah menjadi warna kegemaran aku. Aku puas dengan apa yang aku buat.

Kemudian, bila dah besar panjang, ayah aku hadiahkan aku sebuah motosikal dan seperti apa yang berlaku pada basikalku dulu, sering kali perubahan terjadi pada motor aku. Ada je itu ini aku nak tukar. Ada saja benda yang aku nak buat pada motor aku dan tak pernah nak puas akan apa yang aku dapat. Daripada motor asalnya hitam aku tukarkan ke warna biru. Kini, aku dah berhenti mengubahsuai motor aku. Cukuplah.

Pada usia muda, aku dapat pula kenderaan empat roda. Aku bukannya seorang yang kaya, tetapi kehidupan aku sederhana, tak pernah nak kebulur tak ada makanan. Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada dalam hidup aku. Walaubagaimanapun, aku tetap tak puas dengan apa yang aku ada. Sebuah kereta standat aku nak juga ubah mengikut selera aku. Aku akan ubah selagi aku tak puas.

Kenapa tiba - tiba aku tulis macamni? Adalah seorang rakan blogger aku, asyik tanya pada aku yang mana paparan blog aku ni selalu berubah. Kejap ini kejap itu. Aku sukakan perubahan. Aku sukakan kelainan. Tapi, perubahan yang aku lakukan tidak bermakna aku tak berpendirian. Ada orang tua - tua cakap, kalau manusia yang berubah - ubah dalam hidupnya, manusia tersebut tidak mempunyai pendirian.

Dalam setiap keputusan yang aku nak buat, aku akan fikir dua - tiga kali sebelum decided. Aku takut nak buat keputusan yang muktamad dan sebab itu perlu masa dan ketenangan nak buat sesebuah keputusan. Itu aku. Aku sukakan perubahan tapi tak bermakna aku tak mempunyai pendirian.

p/s: masih lagi memerlukan masa untuk membuat keputusan akhir

Sunday, July 26, 2009

Budak Kacamata - Cinta Tak Perlu Dipaksa


Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

( 1 )
Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu
http://www.free-lyrics.org

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

( ulang dari 1 )

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa


Sumber : Free Lyric
Download MP3 5.13MB : Mediafire 



Tengah menyiapkan report final Latihan Industri. Akan kembali ke arena blog secepat yang mungkin. Kepada semua pelajar Politeknik Seberang Perai, cuti anda akan bercuti dari 27 Julai - 3 Ogos dan kepada pelajar semesteri lima dan empat, anda dikehendaki mendaftarkan diri pada 3 Ogos dan jangan lupa bayar yuran ye! :D

Thursday, July 23, 2009

Apa nak jadi lelaki kuat cemburu?

Salam semua. Aku saja nak tulis pasal kes cinta ni. Yela, tengok semua orang, kiri kanan bercinta. Hahaha, seronok aku tengok.

Cemburu sering kali kita kaitkan dengan sayang, lebih banyak pasangan kita cemburukan kita, bermakna dia memang sayangkan kita, tapi kalau terlalu cemburu apa kes??

Aku banyak berkenalan dengan kawan - kawan yang tak solo. Erm, kebanyakkan dari mereka amat sporting dan seronok dikawan tapi dalam satu masa yang sama, pasangan si perempuan tu tak se-sporting bidadarinya.

Kawan aku tu takut nak beritahu kepada pakwe masing - masing dan rela menipu dari beritahu perkara sebenarnya. Dari tak gaduh, jadi gaduh. Dari hidup bahagia jadi sengsara. Aku bukannya nak rampas ataupun nak gatal - gatal dengan makwe diorang. Huhuhu..

Bagi aku, aku memang open minded orangnya. Buatlah apa pun, pergilah mana pun aku tak lah terlalu mengawal pasangan aku, bak orang cakap kalau nak cemburu pun bertempat. Bukannya aku tak sayang,tapi aku takmau la nak cemburu gile babi. Yelakan, sampai nak buat kerja di kelas pun bersama rakan lelaki tak kan tak boleh? Itu cemburu ke mengongkong?

Sesetengah pasangan mungkin suka pasangannya kuat cemburu seolah - olah dirinya terasa dihargai tetapi, pada lain individu pula, terlalu cemburu akan membuatkan seseorang menjadi bosan, tak mengecapi kebebasan hidup dan lain - lain lagi.

Macam aku, aku suka berkomunikasi dan juga berkongsi dengan kaum perempuan sebab aku tahu jika aku berkongsi perasaan aku dengan lelaki, mereka tidak dapat memahami situasi aku dan itu pun berlaku sebaliknya pada perempuan. So, jika ada pihak yang menghalang perhubungan lelaki dan perempuan sebegitu akan menyebabkan ketidakpuashatian dan juga tidak tenteram pasangannya. Kang daripada buah cempedak, terus jadi nangka.

Kenapa perlu terlalu mengongkong ataupun cemburu? Tak percaya? Terlalu sayang? Takut orang rampas kekasih ke? Tak betul cara tu jika anda sayang pasangan anda, bagi aku, aku suka bersikap open minded dan rilex dalam bab ni. Sayang memang sayang, BE GENTELMAN bro! Awek korang takkan tinggal korang macamtu saje sebab aku tahu dalam setiap jiwa perempuan. Yela, sekali dia sayang payah benar dia nak tinggalkan insan yang di sayang. So, buat apa nak takut untuk ditinggalkan?

Kepada laki yang kuat cemburu tu, aku nasihatkan ubahlah perangai anda yang mana mencerminkan diri anda yang tak sporting itu. Be gentelmen bro! Aku kekadang malu lah pulak dengan lelaki macamtu. Tak menunjukkan betul - betul jiwa seorang lelaki yang boleh memimpin, aku lihat lelaki sebegitu penuh dengan emosional

Berubah untuk orang yang anda sayangi, perubahan untuk diri sendiri dan hubungan.

Tuesday, July 21, 2009

Susah sangat ke nak ucap Terima Kasih??

Aku lihat, zaman sekarang makin maju. Semua manusia mengejar kemajuan dan semua orang nak dilihat canggih. Aku pun nak juga diri dilihat maju dan up-to-date. Biasalah, hidup zaman 2000, tak sama macam zaman 1900an dulu. Semua orang nak benda besar - besar, kereta besar, moto besar, rumah besar, dan juga bini besar. Dalam manusia ghairah mengejar kemajuan dan kemodenan, ada je yang tercicir.

Dalam diam, diri manusia tak maju pun. Luaran je maju tapi perangai tak secanggih kebendaan. Manusia yang kaya, hina dan kutuk pada manusia yang miskin dan dalam diri mereka masing - masing ada sifat sombong dan tak tahu nak berterima kasih.

Aku amat tak suka manusia yang tak reti berterima kasih. Aku bukannya baik dan elok sangat nak banding dengan orang lain tapikan apa tah salahnya kalau kita ucap sepatah perkataan "TQ" ataupun "Thankx" takkpun panjang sikit "Terima Kasih". Tak rugi seposen pun. Tak kering pun air liur.

Nape aku "hangat" sangat ek? Yela, hari hari aku dilanda situasi yang sama. Situasinya, give and take semasa memandu di jalan yang sempit dan kecil.
Bayangkan satu lorong yang kecil, jalan kecil dekat ban (or orang lain panggil tali air) dan dikiri ada sungai dan dikanan ada parit kecil. Jalan tersebut hanya muat - muat sahaja untuk sebuah kereta bergerak. Hanya motosikal sahaja yang dapat cilok - cilok, tu pon bahaya kalau tak betul gayanya. Silap - silap masuk dalam parit. Ok, selalunya pada jalan yang sempit dan kecil, konsep Give anda take digunapakai. 
Yelakan, sapa yang bermurah hati, berikan laluan kepada orang lain untuk lalu. Beralah la senang. Kemudian, bila dah kita beri lalauan. orang yang lalu tu tak pun angkat tangan dan tak pun bunyi hon sebagai tanda berterima kasih atas laluan yang diberi. Bukannya nak tunjuk baik, tapi macam tak tahu menghargai orang la pulak.
Itu hanya salah satu contoh situasi yang aku hadapi setiap hari ketika amek akak aku balik kerja. Banyak lagi sikap orang kita yang mana tak tahu nak menghargai orang lain. Buat donno saja. Tambah tambah orang yang kaya.

Sebaik - baiknya, bila selesai urusan jual beli, cakaplah "Terima kasih kak, Thanks brader, TQ eh", dan lain lain. Sejuk sikit hati penerima atau peniaga tu. Berkat dapat. Ada sesetengah orang tu, dah la bagi duit pun macam campak je, tengok muka pon tidak. Apa ke hal? Anak raja kah?

Oleh itu, kita sebagai orang Timur yang penuh dengan adat dan budaya dari bangsa kita, elok eloklah menghormati orang lain dengan memberi ucapan sedemikian. Susah ke? Senyum sudah. Lagi elok. Silap - silap, dari mata, turun ke senyuman dan melekat dihati. Sapa tahu? Hihihi..

Budi Bahasa Budaya Kita. 

Sunday, July 19, 2009

Malaysia VS Man. United | Antara Fanatik dan Patriotisme


Apa itu Patriotisme? Meh kita refresh otak balik yer. Menurut Wikipedia, Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara.

Aku bukanlah kaki bola atau fanatik bola macam sesetengah orang. Yela, aku rasa aku neh lelaki pelik sebab aku tak gemar bermain bola sepak. Kalau menonton permainan bola sepak, boleh gagahla aku akan tengok dan bergantung kepada pasukan yang bertanding dan mood permainan tersebut.


Dalam koleksi kawanku, aku mempunyai banyak jugalah kawan yang mana "gila bola" dan terlalu fanatik dengan permainan bola sepak. Sikit - sikit bola, sikit - sikit pemain itu ini dan aku akan menjadi kaku dan bisu jika diajak bersembang berkaitan dengan bola.

Perlawanan Manchaster United dengan Malaysia 18hb lepas dah uji rakyat Malaysia sama ada dijajah atau tidak. Ternyata, keputusannya ramai Mat Saleh celup yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku ingatkan mereka tu penonton import dari Manchaster, tapi bila ditengok kulit dan rambut mereka, jauh panggang dari api.

Apalah yang fanatik sangat diorang tu yang terang - terang rakyat Malaysia, tapi tak pula menyokong pasukan negara sendiri? Lautan penyokong merah hitam berpakaian bukan main hebat bersemangat menyokong MU, tapi penyokong Malaysia pula berapa ramai?

Mungkin mereka hanya menyokong perlawanan Malaysia dengan Brunei, Malaysia dengan Indonesia, tetapi bila Malaysia bertemu dengan MU, tiba - tiba dah jadi orang putih. Malu, bengang dan kecil hati aku rasa apabila menonton rakaman tersebut di Youtube. Taktau nak cakap apa,biarlah fanatik menyokong warga asing daripada menyokong sahabat senegara dengan kita beraksi.

Kalaulah sokongan yang diberikan oleh orang Malaysia tersebut kepada MU digantikan kepada Malaysia, aku pasti bukannya 2 -3, 6 - 4 pon boleh dapat, Insyaalah. Takkan boleh prestasi dan mutu bola sepak tanah air kita meningkat kalau dah semua orang sokong pasukan luar.

Apa - apa pon, aku masih lagi tetap menyokong barangan serta apa - apa sahaja dari Malaysia, tak kiralah kereta ke, apa ke, buatan Malaysia tetap no.1 Tak perlu nak sokong orang luar kalau diri sendiri pon tak cun. Buat malu je..

P/s: Macam emo la pulak ek.. hehehe..
P/sss: Berbangga MU dapat main kat Malaysia, kesian pulak kat orang Indonesia.. hikhikhik..

Saturday, July 18, 2009

Tutorial Photoshop : Jom Buat Bisnes Kad

Ok, Dah lama blog ni tak menyajikan Tutorial Photoshop kan. Kali ni nak share macam mana nak buat  bisnes kad. Actually, Luth nak share saja macam mana nak design kad sahaja.

Idea nak buat tutorial ni datang semasa Luth menolong seorang rakan  yang mana minta tolong designkan bisnes kad untuk dia.

Erm, design sesebuah kad bisnes terpulang kepada anda, ada spesifikasi kad untuk membuat kad bisnes.


Nak tahu? Tengok bawah:
Ok, kalau anda tak jelas macam mana format bisnes kad nih, boleh rujuk di laman web ini. Luth pun rujuk dari laman web tu.

Langkah - langkah :
  1. Buka New Photoshop Document
  2. Ambil Format 3.75 X 2.25 Inch (kalau nak convert ke pixel, 270 X 162px)
  3. Kemudian, terpulang pada anda nak buat frame ke tak. Kalau minat nak tengok kad tu nampak rasmi dan kegunaan rasmi, baik letak frame, kalau hanya untuk bisnes kecil - kecilan, terpulanglah.
  4. Setelah siap, save dalam format PSD ataupun PNG dan bawa ke kedai untuk dicetak.
Ok, begitulah lebih kurang bisnes kad yang mana telah dibuat. Member Luth tu dia buat bisnes kecil - kecilan saja. So, tak perlu lah nak buat detail sangat. Hanya perlu ada Nama, Nombor telefon dan juga tempat. Jumpa lagi pada tutorial lain.
Jika anda tidak mempunyai perisian Adobe Photoshop, anda boleh download disiniLanggan RSS untuk mengikuti pekembangan blog ini melalui E-mail anda. Ianya percuma!

Friday, July 17, 2009

Bahayanya Laman Sosial Networking!

Kalau kita singkap kembali, kenapalah wujud laman web sosial networking ek? Yelakan, kalau nak difikirkanla, adakah ia suatu laman web yang agak bodoh menghimpunkan kawan dialam maya.

Tapi itu dulu, pada permulaan aku mendaftarkan diri di Friendster tapi sekarang aku dah tak fikir macamtu. Dari alam maya, aku dah jumpa pelbagai ragam orang dan rupa bentuk. Ada yang jujur dan ada yang tidak.

Permulaannya dengan meletakkan nama dan gambar, bila kita tambah dia disenarai daftar rakan, dia terus dianggap kawan. Aduhai, senangnya mencari kawan diinternet.

Dengan gambar kita dapat mengenali seseorang. Gambar memang pelaris seseorang tersebut. Erm, kalau orang tu lawa, letak dua tiga keping je gambar, mesti ramai nak tambah sebagai kawan dan kalau disebaliknya, mesti kurang. Ala, ini semua mainan semata - mata.

Aku sebenarnya terbaca posting seorang rakan blogger yang mana gambarnya yang dipamerkan dilaman sosial networking disalah gunakan oleh orang lain. Dia tidak pernah mendaftarkan diri di Friendster, tapi bagaimanakah ada akaunnya di Friendster dengan menggunakan gambar yang diletakkan di Myspace? Tengoklah disitu, dah ada salah guna gambar kita.

Pada permulaaan umur aku nak meningkat, bila ada je gambar baru, saja je nak tambah dan letak dalam Myspace atau Friendster. Sekarang ni bila dah umur semakin meningkat, aku hanya letakkan beberapa keping gambar dan gambar tertentu saja. Entah.Dah tak ada mood nak jaja muka. Kenapa ek aku kata fotogedik di laman sosial networking membahayakan? Hah, tengok kat bawah nih:

Inilah gejala yang berlaku dalam laman web sosial. Betolkan?
  1. Letak gambar banyak - banyak di situ nampak macam nak tayang/ jaja diri je.Yelakan. Nak pakai lawa - lawa, bajet hensem, Nak cantik - cantik belaka.
  2. Nak menunjuk apa yang ada. Yelakan, aku ada pakwe, hampa takdak. Pakwe aku hensem. Awek aku cun. Hampa takde kapel. Aku je yang bercinta, hampa takdak orang yang hampa sayang.
  3. Nak membandingkan kecantikan diri pelbagai cara. Gambar yang bertudung ada, tengok - tengok ada je gambar yang tak pakai tudung. Macamnilah katakan, aku lawa bila bertudung dan dalam masa yang sama, bila aku freehair pon lawa jugak!
  4. Mencari populariti murahan. Eh, banyak betol kawan awek tu, dia cantik sebabtula banyak orang add dia. 
  5. Menjual maruah diri. Tudia badan, bengkak sana sini. Huh, nasib baiklah peraturan kat sosial networking kena pakai baju. Kalau takdak syarat tu, mesti semua nak tunjuk kat orang. 
  6. dan banyak lagi. Hampa sendiri cakap dan tuliskan.
Kenapa aku cakap bahaya? Ha, aku rasa yang ni la sebab bahayanya tuh:
  • Dedah gambar badan, mungkin ada orang yang tak puas hati dengan korang, gambar korang yang cun dan seksi tu diedit dan digunakan untuk perkara yang boleh memalukan anda.
  • Timbul fitnah. Yelakan, orang kenal si minah tu baik je kat luar, tak penah nak buka tudung. Tapi, dalam FS, MS dia Ya Allah, penuh gambar gedik. Pakai baju adik pun ada! Yang laki plak, dalam kelas memang alim, tapi gambar dengan awek laga - laga pipi lagi. Kan orang pandang serong?
  • Jatuh maruah. Maruh seseorang boleh jatuh kalau ada gambar anda yang tak senonoh beraksi dengan si balak atau si awek dijadikan modal orang ketupat anda?? Tak ke haru tu?
  • Gambar anda akan diguna pakai oleh pihak - pihak tertentu tanpa minta izin dari anda.Yela, dah anda tayang di akaun anda, bererti anda berkongsi kecantikan anda, keseksian anda. Kalau digunakan untuk benda baik takpa, kalau benda yang tak baik? Fikir sendirilah.
Sebenarnya, penggunaan gambar - gambar dari laman web sosial telah digunapakai sesetengah pihak untuk tujuan peribadi mereka.  Contohnya, masuk blog ini. Kalau gambar anda ada dalam tu, jangan marah. Anda yang letak di FS dan MS anda. Tertarik pada komen yang dilontarkan diblog tu
AINNA EMYRA said...
hey2. i jz wanna ask. u take those pic with or without their permission? could you pls think of ur manners. tayah nak jatuhkan maruah gadis bertudung. if they wear g string or wtsoeva, let them la. if u create this blog sb dengan niat konon nak sedarkan diorg, it's not worth it ok. tp rude gile








Masalah ini dapat diatasi dengan kesedaran dari "pengupload" itu sendiri. Yelakan, kalau tak pamerkan kecantikan wajah dan lain - lain, masalah ini tak akan terjadi. So, fikir - fikirkan dan selamat beramal!

P/s: Minta maaf kepada anda yang mana terasa apa yang aku tulis. Kalau rasa tu, baik berubah untuk diri sendiri. Saja tulis untuk inform rakan - rakan juga.